Mat Sabu gesa Mahiaddin mohon ampun dari Agong


PRESIDEN Amanah, Mohamad Sabu menuntut Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yassin meminta pengampunan daripada Agong dan segera meletak jawatan.

Ia selepas Mahiaddin dan kabinetnya memberi maklum balas disifatkan 'angkuh' terhadap teguran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat semalam.

“Kenyataan Muhyiddin seolah-olah membayangkan Agong tidak memahami keadaan sebenar.”

“Amanah menuntut Muhyiddin dan seluruh anggota Kabinetnya meletak jawatan serta-merta dan memohon sembah ampun daripada baginda.” kata Mohamad.

Beliau sebelumnya mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mendakwa pembatalan Ordinan Darurat yang dakwa kerajaan dijalankan dengan teratur mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan selepas Agong melalui kenyataan Istana Negera mendedahkan bahawa Baginda tidak memberi memperkenan pembatalan itu dan dukacita dengan pengumuman dibuat kerajaan Mahiaddin.

Sementara itu Mohamad menegaskan yang menjadi persoalan adalah cara pembatalan Ordinan Darurat itu dibuat.

Kabinet juga gagal menghormati saranan Agong supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin untuk Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan seperti dititahkan Al-Sultan Abdullah.

Mat Sabu bidas tindakan Mahiaddin Yassin
Dalam pada itu beliau turut mengkritik kekecohan di Parlimen sebaik Kenyataan Media itu disiarkan yang menyaksikan penangguhan berulang kali sidang Dewan Rakyat pada petang semalam.

Semua ini katanya, adalah tindakan menentang Istana dan beliau mahu Muhyiddin dipertanggungjawabkan.

Post a Comment

0 Comments