NAIB PRESIDEN Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mahfuz Omar menggesa Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yasin mengemuka usul undi percaya terhadap dirinya di Dewan Rakyat.
Bercakap dalam satu wacana politik, Mahfuz berkata usul itu boleh dijalankan sekiranya Mahiaddin benar-benar yakin jika dia mempunyai sokongan majoriti sebagai perdana menteri.
Dengan cara itu jelasnya, keasbahan jawatan Mahiaddin dapat disahkan dan blok pembangkang tidak perlu membawa usul undi tidak percaya terhadapnya.
Tambah Mahfuz lagi, Mahiaddin boleh mewakilkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk membawa usul berkenaan.
“Mahiaddin hanya perlu membawa undi percaya kepada dia.
"Dia boleh mewakilkan kepada menteri hal ehwal Parlimen, Takiyuddin untuk membolehkan membawa satu usul percaya terhadap perdana menteri untuk kita lihat dia mempunyai bilangan mencukupi ataupun tidak," jelasnya.
Sementara itu Mahfuz berkata, sekiranya Muhyiddin tidak boleh membawakan usul percaya itu ke Dewan Rakyat, ia hanya menunjukkan Presiden Bersatu itu sendiri tidak percaya yang dia mempunyai kepercayaan Ahli-ahli Parlimen dalam menyokong beliau untuk terus melayakkan dan mengekalkan diri sebagai perdana menteri.
“Inilah sejarah politik negara kita yang mempunyai seorang perdana menteru yang percaya bahawa dia tidak ada kepercayaan daripada Ahli-Ahli Parlimen,” katanya dipetik.
Sebelum ini seorang Ahli Akademik berkata, sidang Parlimen yang akan diadakan pada 26 Julai nanti merupakan peluang terbaik bagi Mahiaddin Md Yasin membuktikan beliau mendapat sokongan di Dewan Rakyat.
Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dalam hantaran di laman Facebooknya berkata, peluang menguji sokongan itu penting bagi mengesahkan legitimasi Mahiaddin dan kerajaan dikepalainya selain mengembalikan fungsi Parlimen terutama dalam keadaan negara menghadapi pelbagai isu kesihatan dan ekonomi.
“Legitimasi kerajaan ini penting bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan, meyakinkan pelabur dan pasaran, menghentikan politiking dengan tekaan jajaran parti baharu, menghentikan spekulasi Ahli Parlimen A atau B menyokong siapa, dan menstabilkan politik negara,” katanya.

BACA: Mahiaddin perlu uji legitimasinya di Parlimen
BACA: Krisis politik boleh ditamatkan dengan usul undi percaya
Sementara bekas Peguam Negera, Tommy Thomas dalam webinar bertajuk "Emergency, Democracy and The Rule of Law" pada awal bulan ini pula berkata, usul seperti itu dapat menamatkan krisis politik dalam negara.
![]() |
Mahiaddin digesa bawa usul undi percaya |
Ia setelah keajaan dikepalainya dianggap sebagai gagal menangani isu berkaitan pendemik Covid-19 selain isu-isu lain melibatkan kehidupan rakyat di negara ini yang terkesan teruk akibat penularan wabak itu.
0 Comments