DUA Ahli Parlimen blok pembangkang menggesa supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera meningkatkan jumlah katil di hospital-hospital awam terutamanya di empat negeri yang mencatatkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi.
Mengulas laporan media mengenai situasi semasa di hospital awam sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye turut membangkitkan kebimbangan mereka berhubung kemampuan unit rawatan rapi (ICU) menampung jumlah pesakit yang mencecah 17,000 beberapa hari lalu.
“Ia penting (penambahan katil ICU) sebab kalau kategori 3, 4 dan 5 mesti dirawat di ICU kerana mereka (pesakit) kekurangan oksigen, kekurangan ventilator (alat bantuan pernafasan).
“Jadi (kemudahan) ICU tu penting. ICU tu penyelamat nyawa. Tanpa ICU yang mencukupi, ada kemungkinan nyawa yang terkorban kerana kemudahan ICU, ventilator tak cukup,” kata Boon Chye yang juga merupakan bekas timbalan Menteri Kesihatan.
Sementara itu Sim pula menyifatkan kerajaan sebagai telah gagal mengambil langkah awal untuk meningkatkan kapasiti ICU, terutamanya dengan kuasa yang diberi kepada mereka di bawah Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 2021 sebelum ini.
Dalam sidang media bersama Boon Chye itu, beliau turut merujuk data kapasiti katil ICU dan pesakit ICU sehingga 24 Julai 2021 dari Kementerian Kesihatan.
Melalui data tersebut jelasnya telah menunjukkan kapasiti ICU di kebanyakan negeri berada pada tahap kritikal.
“Boleh dikatakan kapasiti ICU 'telah masuk ICU'. Banyak negeri telah mencecah lebih 100 peratus, sesetengah mencecah 200 peratus. Ini amat mengejutkan,” katanya dipetik.
Berdasarkan data Kementerian kesihatan semalam, sebanyak 1,023 orang sedang dirawat di ICU dengan 524 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan - kedua-duanya pada kadar tertinggi setakat ini.
Jumlah keseluruhan kes telah melepasi 1 juta dan kes aktif dilaporkan kini adalah sebanyak 170,224 kes. Manakala mangsa terkorban akibat wabak itu hampir mencecah 8,500 orang.
Sementara itu kedua-dua mereka mengkritik Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan kerajaan dengan menyifatkannya sebagai tidak munasabah untuk suatu negeri itu beralih ke fasa yang lain.
Menurut Sim, melihat kepada situasi di Malaysia setakat hari ini, jelas bahawa negara ini tidak akan mampu mencapai syarat-syarat yang ditetapkan seperti gambaran yang diberi oleh kerajaan.
Sementara Boon Chye pula menyifatkan bahawa untuk negara mencapai nilai ambang 4,000 kes bagi kes harian Covid-19 adalah tidak realistik.
“Apabila PPN tu dirangka, seharusnya ia tumpu kepada paling utama kadar vaksinasi sahaja Malangnya sampai hari ni tak dikaji.
"Jadi, saya jangka apa yang akan dilakukan oleh kerajaan adalah ‘mengalihkan pintu gol supaya ia masih boleh skor’.
“Dia (kerajaan) akan alihkan pintu gol sebab dia tahu dengan dengan ketiga-tiga metrik yang ada, dia tidak akan mencapai matlamat untuk beralih ke fasa kedua,” katanya.

![]() |
Bimbang situasi semasa di hospital awam |

0 Comments