Jangan tambah derita rakyat dengan ulangi 'lockdown secara borong' - Tony Pua


KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) diingatkan agar digesa lagi membuat ‘lockdown secara borong’.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua ketika membuat gesaan itu berkata, ia bagi mengelakkan rakyat daripada terus menderita dengan pelaksanaan perintah sekatan perjalanan (PKP) yang tidak berkesudahan

Berbanding pelaksanan ‘lockdown secara borong’ yang mengundang kritikan ramai, kerajaan jelasnya  perlu menggunakan sains dan data bagi mengawal pandemik Covid-19 dalam bidang ekonomi.

Ia boleh dilakukan dengan memberi status quo kepada setiap perniagaan dan seterusnya memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) mengikut risiko.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini hanya tahu satu cara sahaja atau ‘one-trick pony’ iaitu lockdown. Ada masalah tutup semua, ada masalah tutup semua.

“Tetapi secara jelas kita lihat hari ini, bagaimana ketat pun ditutup kalau penularan virus di luar sudah banyak, ia tidak dapat dikawal secara lockdown sahaja,” katanya.

Tony menambah, premis-premis perniagaan yang berisiko tinggi perlu diperketatkan SOP mereka agar jangkitan Covid-19 menurun.

“Janganlah kita tutup restoran-restoran kecil di mana jangkitan kurang namun kena tutup berbulan-bulan yang mengakibatkan masalah ekonomi hari ini,” katanya.

Tony Pua sebelumnya bercakap dalam program dalam talian semalam bertajuk ‘Krisis Covid-19: Kerajaan Gagal’ yang turut disertai Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dan Pengarah Komunikasi Research For Social Advancement (REFSA), Raja Ahmad Iskandar Fareez dengan Thulasi Manogaran sebagai moderator.
 
Melihat ke hadapan, Setiausaha Publisiti DAP berkata, kerajaan perlu menjalankan ujian Covid-19 dengan lebih banyak supaya kadar positif boleh diturunkan kepada kadar lima peratus.

Ujian saringan Covid-19 perlu dipergiat


Jumlah ujian tegasnya perlu digandakan iaitu daripada 120,000 kepada 240,000 setiap hari supaya jumlah kes yang tidak diuji dapat dikawal agar hospital tidak sesak sepertimana berlaku sekarang.


Sementara itu, beliau turut membangkitkan isu kelewatan ketibaan vaksin Covid-19 ke Malaysia yang dilihat menyerlahkan kegagalan Kerajaan dikepalai Mahiaddin Md Yassin itu.

 

Post a Comment

0 Comments