Kumpulan doktor kontrak tolak 'gula-gula' Mahiaddin


WALAUPUN
kerajaan dikepalai Mahiaddin Md Yassin memutuskan untuk melanjutkan khidmat doktor kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib, ia dilihat tidak mengubah rancangan kumpulan pegawai perubatan itu untuk mengadakan mogok pada Isnin ini.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak melalui satu kenyataan berkata, tawaran kerajaan untuk menyambung kontrak itu bukanlah suatu penyelesaian  tetapi dilihat sebagai ‘gula-gula’ untuk menutup mulut.

“Kami tahu bagaimana sistem ini berfungsi dan kami tidak akan terpedaya.

“Berhenti memberi kami penyelesaian separuh masak yang diberikan oleh orang yang bahkan tidak dalam bidang ini, atau bahkan tidak tahu bagaimana sistem ini berfungsi, atau mungkin tidak perlu bersusah payah memikirkannya kerana masalahnya bukan masalah mereka,” katanya kumpulan itu.

Muhyiddin pada Jumaat berkata Jemaah Menteri bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Sebelum ini, kumpulan itu menuntut agar kerajaan mempertimbangkan supaya semua doktor kontrak ditawarkan perjawatan tetap dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jurucakap mereka, Dr Mustapha Kamal A Aziz yang dipetik laporan media berkata, desakan itu dibuat kerana pandemik Covid-19 meningkatkan penglibatan doktor dan petugas perubatan kontrak, namun tiada pampasan setimpal diberikan.

Berhenti beri penyelesaiaan separuh masak
Jelasnya, disebabkan eksploitasi dan tiadanya peluang untuk mengambil pengkhususan, ramai antara doktor kontrak terpaksa meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam.

Situasi itu jelasnya bakal menyebabkan kekurangan staf di hospital awam, terutama di kawasan pedalaman di mana ramai bergantung kepada sistem kesihatan awam.

Kekurangan staf itu juga tambahnya akan akan memberi kesan kepada kualiti penjagaan kesihatan.
 

Post a Comment

0 Comments