MAJLIS PRESIDEN Pakatan Harapan (HARAPAN) menyelar mengheret Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke mahkamah selang beberapa hari sebelum Parlimen kembali bersidang.
Melalui satu kenyataan, Majlis itu menyifatkan kes dihadapi bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebagai pendakwaan terpilih dan mereka kesal agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus diperalat sebagai senjata politik.
“Pakatan Harapan menegaskan sekali lagi bahawa agensi-agensi kerajaan tidak patut dan tidak boleh menjadi senjata politik bagi menekan atau mengugut Ahli Parlimen demi mengekalkan kedudukan dan jawatan, terutama bagi mereka yang telah hilang sokongan majoriti
“Namun dengan tindakan pendakwaan terkini ini jelas menunjukkan salah guna agensi demi kerakusan kuasa terus berlaku,” kata kenyataan Majlis Presiden itu.
Dalam kenyataan bersama Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu mereka menegaskan bahawa tindakan memperalat agensi ini telah berlaku sejak dahulu lagi, dan telah memuncak dengan pendakwaan terpilih.
“Misalnya terhadap Setiausaha Agong DAP YB Lim Guan Eng pada tahun lalu ekoran siasatan terburu-buru SPRM sebaik kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada akhir Februari 2020.
“Terkini, kita dikejutkan dengan pendakwaan terhadap YB Syed Saddiq lebih-lebih lagi kerana ia berlaku hanya beberapa hari sebelum bermulanya sidang khas Parlimen pada 26 Julai ini.
“Tambahan pula pendedahan beliau bahawa kes-kes ini dibawa ke mahkamah kerana beliau enggan menyokong Perikatan Nasional,” katanya mereka dengan merujuk pendedahan Syed Saddiq sebelum ini.
Syed Saddiq sebelum ini menegaskan bahawa beliau lebih rela berdepan perbicaraan daripada menyokong kerajaan PN.
Melalui satu laporan media, pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu mendakwa sudah lebih setahun beliau diugut akan diheret ke mahkamah jika tidak menyokong kerajaan PN.
“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan sebegini akan datang. Pada Julai, Disember, Januari dan sekarang seminggu sebelum Parlimen bermula (ugutan sama dibuat).
“Berani kerana benar… Ketika keadaan seperti inilah yang menjadi peringatan mengapa saya menyertai politik,” tambahnya.
Justeru, Pakatan Harapan yang berpandangan bahawa apa yang dihadapi Syed Saddiq adalah satu tindakan pendakwaan terpilih secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap ahli politik muda itu yang kini berdepan tuduhan dikenakan terhadapnya itu.

![]() |
HARAPAN gesa henti salah guna kuasa |

0 Comments