Buktikan sokongan Mahiaddin di dalam Dewan, gesa Anwar


KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya sokongan didakwa dimiliki Mahiaddin Md Yassin diuji di dalam Dewan Rakyat.

Perkara itu dinyatakan Anwar pada sidang media di bangunan Parlimen susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen yang masih bersama kerajaan.

“Ismail Sabri dia tahu undang-undang, dia patut test (uji) di dewan. Sebab apa takut uji di dewan? Dia menteri, dia anak Pahang, dia faham tak derhaka? Dia faham tidak titah diraja? Dia faham tidak peranan Parlimen?

“Orang seperti ini berdegil berkeras derhaka dalam soal yang jelas, saya nak nasihatkan dia, baca undang-undang, hormati Perlembagaan, dan hormati titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong,” kata Anwar.

Keadan di Parlimen menjadi gempar semalam setelah Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson membacakan kenyataan media oleh Istana Negara yang menyatakan rasa dukacita terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang memaklumkan kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat.

Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan dukacita-nya setelah apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Setiausaha Agong PAS itu selalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Idrus Harun, peguam negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di parlimen bagi tujuan dirungkaikan telah tidak dilaksanakan.

 Anwar gesa hormat kepada Perlembagaan
Kenyataan Takiyuddin itu yang mendahului keputusan Agong juga dianggap mengelirukan Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya secara keseluruhan.

Susulan tindakan memalukan kerajaan itu yang dianggap boleh mengundang krisis perlembagaan, Anwar semalam mendesak agar Mahiaddin dan Takiyuddin segera meletak jawatan mereka.

Post a Comment

0 Comments