Takiyuddin derhaka secara terbuka, kata Guan Eng


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak supaya Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan dipecat daripada jawatan menteri kerana 'derhaka' secara terbuka kepada institusi beraja.

Desakan itu dibuat susulan kenyataan Takiyuddin baru-baru ini yang mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah parlimen supaya segera bersidang.

"Takiyuddin harus dipecat kerana tidak menghormati undang-undang dan derhaka secara terbuka terhadap raja dan harapan rakyat agar parlimen bersidang "secepat mungkin'" seperti yang dititahkan oleh Agong dan Raja-Raja Melayu semalam.

"Tindakan Takiyuddin memutarbelitkan titah 'secepat mungkin' dengan menyatakan Agong tidak menyatakan tarikh yang tepat atau bulan bila Dewan Rakyat harus bersidang, adalah tidak bertanggungjawab dan tidak jujur," kata Lim dalam kenyataan.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berpandangan supaya Parlimen segera dibuka untuk persidangan agar isu-isu berkaitan negara terutama isu pendemik Covid-19 dapat dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Susulan kenyataan itu, Raja-Raja Melayu melalui satu kenyataan lain dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad turut menyokong supaya Parlimen bersidang segera.

"Raja-Raja Pemerintah berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan negara

"Dalam semangat tersebut Raja-raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar parlimen segera bersidang,"kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Takiyuddin dalam sebuah program bual bicara yang disiarkan di media sosial semasa ditanyakan mengenai titah baginda berkata, Agong hanya menitahkan agar parlimen segera bersidang.

Guan Eng bidas Takiyuddin


Katanya, baginda tidak menitahkan bilakah tarikh yang tepat untuk parlimen kembali dibuka.

Susulan kenyataan itu Takiyuddin dikritik warganet yang menyifatkan pemimpin PAS itu cuba  berdalih dan memutar belit Takiyuddin titah Baginda.

Post a Comment

0 Comments