PRESIDEN parti Bersatu, Mahiaddin Md Yassin perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri jika gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam satu kenyataan bersama, Majlis Presiden HARAPAN merafak sembah menjunjung kasih di atas titah Yang Di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa persidangan parlimen perlu diadakan segera.
"Adalah teramat jelas bahawa Perdana Menteri perlu menjunjung titah dan menasihati Tuanku untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin.
"Sekiranya Perdana Menteri terus berlengah atau memberi alasan untuk melewatkan sidang Parlimen, ia bukan sahaja bermaksud beliau telah mengetepikan pandangan Tuanku itu, malah ia memberi gambaran bahawa Perdana Menteri telah hilang keyakinan untuk terus mentadbir.
"Dan jika Perdana Menteri tetap bertegas enggan menasihati Tuanku segera, beliau harus mengambil tindakan terhormat dengan mengundurkan diri," kata kenyataan ditandatangani Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.
Istana Negera melalui satu kenyataan pada rabu memaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah berpandangan dan bertitah bahawa Parlimen perlu segera bersidang.
Pandangan itu susulan perbincangan dipengerusi Baginda bersama Raja-Raja Melayu pada Rabu bagi meneliti keadaan semasa dan pandangan yang dikemukakan pemimpin-pemimpin parti politik.
Amatlah penting Parlimen dibuka semula sekarang agar semak imbang tata kelola dan perjalanan pentadbiran Putrajaya dapat dilakukan, Ordinan-Ordinan Darurat serta Pelan
Pemulihan Negara dapat dibahas, peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat dapat dibincang dan suara rintihan isi hati rakyat dapat didengar dengan jelas.
Titah Baginda disambut baik kebanyakan parti politik di negara ini terutama parti dalam gabungan HARAPAN dan Umno yang mendesak supaya Parlimen dibuka.
Mahiaddin baru-baru ini berkata parlimen boleh dibuka semula apabila pelan pemulihan negara berkaitan Covid-19 memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara iaitu pada September atau Oktober.
Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berpendapat Parlimen mungkin dibuka semula pada September kerana Seri Paduka tidak menyatakan tarikh bila Parlimen harus bersidang.
Kenyataan itu menerima kecaman warganet yang menyifatkan pemimpin PAS itu tidak faham maksud 'segera' yang dititahkan. Parlimen perlu dibuka segera
Sementara itu, Majlis Presiden dalam kenyataannya turut menjelaskan amatlah penting Parlimen dibuka semula sekarang agar semak imbang tata kelola dan perjalanan pentadbiran Putrajaya dapat dilakukan, Ordinan-Ordinan Darurat serta Pelan Pemulihan Negara dapat dibahas, peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat dapat dibincang dan suara rintihan isi hati rakyat dapat didengar dengan jelas.
"Dan jika Perdana Menteri tetap bertegas enggan menasihati Tuanku segera, beliau harus mengambil tindakan terhormat dengan mengundurkan diri," tambah mereka lagi.
0 Comments