Bekas Speaker gesa buka Parlimen sebelum darurat tamat


PARLIMEN
bersidang dengan kadar segera tanpa perlu menunggu darurat tamat pada 1 Ogos, tegas bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Pandangan itu diutarakan Mohamad Ariff sebagai mengulas kenyataan rasmi Istana Negara dan kenyataan Penyimpan Mohor Raja-Raja susulan perbincangan khas di Istana Negara semalam.

"Pada pendangan saya, adalah wajar dan sesuai untuk Perdana Menteri dan kabinet seterusnya memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen untuk bersidang dengan kadar segera sebelum berakhirnya tempoh darurat sekarang," katanya dalam satu kenyataan.

Petang semalam, Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos.

Yang di-Pertuan Agong dalam satu kenyataan oleh Istana Negara sebelumnya menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Sementara itu Mohamad Ariff yang dipetik satu laporan media berkata, Seri Paduka Baginda menyuarakan pendapat yang jelas bahawa parlimen adalah platform penting untuk membincangkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Selain itu, katanya, parlimen juga penting bagi meneliti perbelanjaan - perbelanjaan untuk menangani pandemik dan kesempitan rakyat.

"Pendapat yang diberikan adalah amat wajar dan tepat sambil mencerminkan fungsi Agong di bawah Perlembagaan Malaysia, iaitu merangkumi hak Baginda untuk mendapat maklumat, dirunding dan memberi nasihat kepada Perdana Menteri dan Kabinet dalam hal-hal negara.

Parlimen perlu bersidang dalam kadar segera
"Apa yang disarankan juga selari dengan kehendak penting Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, ia itu Pengisytiharan Darurat dan Ordinan-Ordinan di bawahnya hendaklah dibentangkan di Parlimen.

"Ini semestinya bermakna sebelum tamatnya tempoh Darurat sekarang iaitu 1 Ogos 2021," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments