MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) mengkritik pengumuman Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Mahiaddin Md Yasin pada Ahad.
Melalui satu kenyataan bersama, Majlis Presiden itu menyifatkan pengumuman itu dibuat secara tergesa-gesa yang didakwa bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari kegagalan berkali-kali kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal Covid-19.
“Kami meneliti pelan yang dibentang Muhyiddin. Kami sangat terkejut apabila mendapati bahawa ia hanyalah siri fasa tanpa strategi yang lengkap mahupun langkah-langkah yang jelas, bersepadu dan menyeluruh untuk mengatasi pandemik Covid-19.
“Ia seharusnya memberi bantuan secukupnya kepada rakyat serta syarikat-syarikat yang sedang menderita, memulihkan ekonomi, dan menyegerakan kebangkitan semula Malaysia,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Pada Selasa, kerajaan mewujudkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 yang melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.
Bagaimanapun ia tidak mendapat sambutan baik pemimpin politik dan masyarakat setelah didapati tidak mengemuka strategi jelas bagaimana pelan tersebut mahu direalisasikan.
"Siri fasa ‘pelan’ tersebut kononnya berasaskan sains dan data, namun realitinya data yang dimaksudkan tidak telus, tidak terbuka dan tidak terperinci untuk diteliti orang ramai, dan mudah termanipulasi seperti yang pernah kita saksikan sebelum ini.
Pelan diumumkan tiada strategi lengkap |
Mereka melalui kenyataan itu lagi berkata, inisiatif dikemukakan Presiden parti Bersatu itu bagaikan satu ‘pelan mengaku kalah’ pada pandemik Covid-19.
0 Comments