PELAN Pemulihan Negara yang diumumkan Mahiaddin Md Yasin dilihat hanya melengahkan masa sebelum gelombang jangkitan baru melanda, berbanding benar-benar memulihkan negara daripada wabak Covid-19.
Pandangan itu dikemukakan Pengerusi lembaga penasihat Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia, Dr Musa Mohd Nordin dalam satu ciapan di Twitter.
Tidak hanya itu, Dr Musa turut berkata, pelan itu “bersifat rambang” dan tidak berasaskan “sains yang baik” yang tidak akan meredakan pendemik tersebut.
“(Ia) Tak akan meredakan pandemik, hanya melengahkan masa sebelum tercetus satu lagi gelombang Covid-19 apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan kelak,” katanya.
Mahiaddin pada Selasa mengumumkan pelan pemulihan yang terbahagi kepada empat fasa.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan pemulihan yang menggariskan kriteria harus dicapai untuk pelonggaran sekatan. Pelan itu terbahagi kepada empat fasa.
Bagaimanapun pelan itu dikritik kerana tidak memperincikan dengan jelas strategi yang mahu diguna pakai untuk mencapai tujuannya.
Sementara itu Musa mengingatkan bahawa pelan untuk meredakan wabak memerlukan pendekatan tangkas untuk mencari, membuat, mengesan dan mengasingkan kes positif, serta usaha-usaha sokongan yang lain.
“Ini perkara asas untuk pengurusan pandemik Covid-19 yang berkesan dan cekap,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang berkata pelan pemulihan yang diumumkan hanya seperti tindak balas susulan pertemuan khas raja-raja Melayu, berbanding pelan pemulihan yang sebenar.
Katanya, pelan itu sangat mengecewakan dan tidak memberikan sebarang harapan kepada rakyat, sebaliknya hanya menawarkan kesamaran.
“Siaran langsung Muhyiddin tidak lebih sekadar tindak balas terhadap perbincangan khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan mengenai kegagalan kerajaan membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan.
Kerajaan Perikatan Nasional terpaksa bergelut dengan kritikan rakyat susulan lonjakan kes Covid-19 sebanyak dua kali selepas terlalu awal membenarkan pembukaan semula ekonomi dan menarik balik sekatan.
Pandangan itu dikemukakan Pengerusi lembaga penasihat Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia, Dr Musa Mohd Nordin dalam satu ciapan di Twitter.
Tidak hanya itu, Dr Musa turut berkata, pelan itu “bersifat rambang” dan tidak berasaskan “sains yang baik” yang tidak akan meredakan pendemik tersebut.
“(Ia) Tak akan meredakan pandemik, hanya melengahkan masa sebelum tercetus satu lagi gelombang Covid-19 apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan kelak,” katanya.
Mahiaddin pada Selasa mengumumkan pelan pemulihan yang terbahagi kepada empat fasa.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan pemulihan yang menggariskan kriteria harus dicapai untuk pelonggaran sekatan. Pelan itu terbahagi kepada empat fasa.
Bagaimanapun pelan itu dikritik kerana tidak memperincikan dengan jelas strategi yang mahu diguna pakai untuk mencapai tujuannya.
Sementara itu Musa mengingatkan bahawa pelan untuk meredakan wabak memerlukan pendekatan tangkas untuk mencari, membuat, mengesan dan mengasingkan kes positif, serta usaha-usaha sokongan yang lain.
“Ini perkara asas untuk pengurusan pandemik Covid-19 yang berkesan dan cekap,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang berkata pelan pemulihan yang diumumkan hanya seperti tindak balas susulan pertemuan khas raja-raja Melayu, berbanding pelan pemulihan yang sebenar.
Katanya, pelan itu sangat mengecewakan dan tidak memberikan sebarang harapan kepada rakyat, sebaliknya hanya menawarkan kesamaran.
Dr Musa kritik Pelan dikemuka Mahiaddin |

0 Comments