KEGAGALAN paling besar dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikepalai Mahiaddin Md Yassin dalam mengawal pandemik Covid-19 di negara ini ialah tidak menyediakan vaksin yang mencukupi.
Pandangan itu dinyatakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan parti itu yang dilakukan secara maya hari ini.
“Kita dah sebut dari awal - PKP, lockdown segala langkah-langkah itu ada kemunasabahannya tapi kita kena mula dengan vaksin.
“Kegagalan paling besar kerajaan adalah penyediaan bekalan vaksin yang secukupnya.
“Mereka (pimpinan kerajaan) membuat kenyataan rambang, ikut selera politik untuk cuba.. saya tak nak sebut penipu tapi tentunya mengelirukan rakyat,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Sebagai rekod, ini bukan kali pertama Anwar membangkitkan isu 'kelembapan' program vaksin.
Bekas timbalan perdana menteri era 90-an itu sebelum ini mempersoalkan penghantaran vaksin dari China yang perlahan dan kadar vaksinasi yang terlalu rendah.
Sebagai rekod, isu berkaitan vaksin sebelum ini pernah disentuh Sultan Selangor
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin COVID-19 sehingga 1 Jun lalu, dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.
Baginda bertitah nisbah jumlah pemberian dos vaksin itu tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk di negeri ini yang berjumlah 6.5 juta malah mengingatkan Kerajaan Persekutuan bahawa negeri Selangor adalah penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, justeru keutamaan wajar diberikan untuk negeri ini
Sementara itu dalam ucapannya Anwar turut menyentuh keresahan rakyat dengan suasana politik, pendemik Covid-19 serta kehidupan rakyat yang menghimpit sehingga mengundang titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Jika masalah yang sama terus membelenggu negara jelasnya, mustahil ia dapat diselesaikan sehingga akhir tahun ini.
“Sebab itu kepimpinan ini mempunyai peranan besar dan kalau mereka itu hanya bertugas untuk khianat untuk jawatan tapi gagal menyempurnakan tugas, malapetakanya ditimpa oleh rakyat jelata,” katanya ahli parlimen Port Dickson itu.
Anwar anggap PN buat kegagalan besar |
Bagaimanapun, menurut laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) setakat 18 Jun, 11.59 malam menunjukkan Selangor negeri kedua terendah jumlah divaksinasi (12.79 peratus), manakala Negeri Sembilan dengan kadar 16.26 peratus yang divaksinasi.
0 Comments