KEADILAN tak isi jawatan 'dikosongkan' hingga pemilihan parti



KEADILAN memutuskan untuk tidak mengisi beberapa jawatan kosong tertinggi parti itu sehingga pemilihan parti yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu disepakati Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu pada mesyuarat yang diadakan pada 1 Mei lalu.

Jelasnya, antara jawatan itu adalah Timbalan Ppresiden, Nnaib Presiden dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (​MPP) yang dikosongkan ekoran 'pengkhianatan' dalam Lamgkah Sheraton dan tindakan penyandangnya yang menyusul tindakan individu yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Dengan ini, perjalanan parti di peringkat pusat akan kekal seperti keadaan sekarang tanpa kita mengisi jawatan-jawatan ini akibat ditinggalkan rakan-rakan lama kita,” katanya dalam ucapan aluan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 hari ini.

Sementara itu Saifuddin turut memaklumkan Kongres Nasional Tahunan 2021, akan diadakan secara serentak bersama Kongres Nasional Tahunan 2022 pada tahun hadapan.

Beliau berkata Mesyuarat Agung Tahunan Cabang juga akan dilangsungkan pada tahun hadapan, kecuali Laporan Tahunan Cabang akan diserahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada tahun ini.

Dalam ucapan aluannya juga Saifuddin memaklumkan Cabang Sungai Buloh diiktiraf sebagai Cabang Kemasukan Anggota Baharu Terbanyak iaitu 6,259 ahli dari 16 Nov 2020 hingga 29 April tahun ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, parti itu kini empunyai 2,028 ranting di seluruh negara termasuk 259 ranting baharu yang didaftarkan pada tahun ini.

“Kita menetapkan satu ranting di satu daerah mengundi di kerusi-kersui sasaran parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada kongres tersebut.

Kekosongan hanya akan diisi pada pemilihan
Kongres KEADILAN disambung secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom hari ini setelah diarahkan ditangguhkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bermula sejak jam 8.00 pagi tadi, ia disertai kira-kira 2,000 perwakilan.

Post a Comment

0 Comments