Penggantungan sidang Parlimen rugikan rakyat- Wan Azizah


PENGGANTUNGAN
Parlimen sejak sesi berakhir 15 Disember tahun lepas telah mengakibatkan banyak isu terkait kepentingan rakyat tidak dapat dibahaskan dengan tuntas, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bercakap ketika merasmikan Kongres Wanita Nasional parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ke-15 yang diadakan secara maya minggu lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, isu-isu utama itu antaranya berkenaan isu kesenjangan ekonomi, kesihatan mental rakyat, keganasan rumahtangga dan pendidikan.

"Ekonomi rakyat semakin terjejas. Harga barangan semakin meningkat. Pendapatan semakin meruncing. Simpanan semakin mengering. Kehidupan rakyat semakin menghimpit dan keluarga hidup sengsara.

"Warga muda bergelut hidup, tanpa pekerjaan. Isu dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memang prihatin tentang pengangguran di kalangan belia kini mencapai setinggi 13.4 peratus setakat Mac 2021.

"Secara keseluruhan pula mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia bilangan penganggur mencecah 753,200 dengan kadar pengangguran 4.7 peratus pada Mac 2021," katanya.

Sebagai rekod, sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara kini digantung susulan pelaksanaan darurat.

Isu rakyat wajar dibincangkan segera
Banyak pihak terutama dari Pakatan Harapan (HARAPN) menggesa supaya dewan dibuka bagi memastikan isu terkait rakyat terutama terkait pendemik Covid-19 dapat dibahaskan.

Sementara itu lagi, Dr Wan Azizah dalam ucapannya menambah, penutupan Parlimen juga telah tidak membolehkan negara menyatakan pendirian secara tegas terhadap isu-isu kemanusiaan sejagat seperti isu pemusnahan etnik dan dasar apartheid yang sedang dilakukan secara kejam oleh rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Post a Comment

0 Comments