TINDAKAN bipartisan perlu diambil kerajaan berhubung isu 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang memasuki Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu pada 31 Mei lalu, Kata Majlis Presiden Pakatan harapan (HARAPAN) dalam satu kenyataan bersama.
Kenyataan itu yang ditandatangani pengerusi gabungan itu yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut menegaskan bahawa Malaysia berhak mendapat penjelasan yang munasabah daripada China berhubung pencerobohan itu.
"Pakatan Harapan memandang serius insiden ini dan menegaskan hak Malaysia untuk mendapat penjelasan yang munasabah daripada negara China
"Majlis Presiden berpendapat bahawa isu mustahak yang menyentuh kedaulatan negara dan pembaharuan pertahanan perlu diuruskan secara dwipartisan
“Kerajaan dan pembangkang harus mengenepikan soal politik dan mencari jalan penyelesaian bersama atas dasar kepentingan negara," kata kenyataan itu.
Pada 31 Mei, mengesan penerbangan mencurigakan melibatkan 16 pesawat PLAAF yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara kebangsaan.
Pesawat itu dikesan radar pertahanan udara pada jam 11.53 pagi, dan gagal mematuhi arahan untuk menghubungi kawalan trafik udara FIR Kota Kinabalu. TUDM seterusnya menggerakkan pesawat pejuang ringan Hawk 208 daripada No 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan setelah pesawat PLAAF tersebut melangkaui ruang udaranasional.
Pesawat-pesawat tersebut telah dikenalpasti sebagai jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xi’an Y-20; kedua-duanya merupakan pesawat pengangkut berat.
China kemudian menafikan tuduhan menceroboh ruang udara Malaysia dengan jurucakap kedutaan China di Malaysia, berkata pesawat PLAAF tersebut sedang menjalani latihan penerbangan rutin tentera udara dan tidak menyasarkan mana-mana negara.
Sementara itu, Majlis Presiden berkata insiden itu membangkitkan beberapa persoalan penting termasuk pelan tindakan untuk menangani pencerobohan serta pemodenan keupayaan tentera berlandaskan Kertas Putih Pertahanan 2019.
"Harus ditegaskan bahawa tindakan pesawat tersebut yang enggan mematuhi arahan untuk menghubungi kawalan trafik udara FIR Kota Kinabalu adalah membahayakan keselamatanruang udara dan tidak berniat baik (not in good faith).
"Apabila pesawat asing dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika dari zon maritim Malaysia, tindakan ini adalah mencurigakan dan tidak selari dengan “orde dunia berasaskan peraturan” (rules based international order)," tambah kenyataan itu lagi.
Perlu penyelesaian dwipartisan |
Ia bagi mencadangkan Menteri Pertahanan menganjurkan taklimat rasmi dwipartisan berkenaan isu tersebut bersama Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara.
0 Comments