Bekas timbalan menteri kritik sikap pegawai Zuraida


BEKAS
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin menkritik keras setiausaha politik Zuraida Kamaruddin kerana dianggap tidak sopan menegur seorang pakar kesihatan.

Raja Kamarul berkata, beliau merasa sengat terkejut kerana Nor Hizwan Ahmad, yang juga pegawai di kementerian Zuraida  secara lantang menegur Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman yang membuat kritikan terhadap langkah sanitasi awam.

“Pangkat Nor Hizwan Ahmad sebagai setiausaha politik menteri tanpa ilmu serta kemahiran dan pengalaman bidang perubatan yang mendalam, tidak mungkin boleh mengatasi ilmu yang dimiliki oleh tiga pakar perubatan seperti Dr Adeeba Kamarulzaman.

Dr Adeeba seorang pakar penyakit berjangkit dan juga merupakan panel Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” kata pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dalam kenyataan.

Sebagai rekod, Dr Adeeba sebelum melalui muat naik di twitternya menyifatkan Operasi sanitasi awam secara besar-besaran di seluruh negara merupakan pembaziran sumber.

Beliau berasakan lebih baik sumber digunakan dalam program tersebut disalurkan ke bahagian lain yang lebih memerlukan antaranya bantuan peralatan perlindungan diri (PPE), kanula hidung aliran tinggi (HFNC), alat pengalih udara (ventilator), sat meter oksigen dan makanan untuk sukarelawan

Pandangan itu diutarakan sebagai respons terhadap kenyataan Zuraida yang mengumumkan sebanyak 284 lokasi di seluruh negara disanitasi secara besar-besaran selama dua hari.

Pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, dalam satu laporan Awani sebelum ini berkata , tiada bukti saintifik menunjukkan keberkesanan rutin operasi sanitasi awam untuk mencegah penularan Covid-19.

 Sumber perlu digunakan secara pintar
Sementara itu tegas Raja Kamarul berkata, dalam masa kita menghadapi kekurangan kewangan dan tenaga kerja kritikal kita perlu bekerja secara “pintar bukan sekadar rajin sahaja”.

“Di waktu negara menghadapi krisis, biarlah ilmu dan pengetahuan memimpin di hadapan dan bukan pula nafsu dan kesombongan didahulukan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments