MENTERI KEWANGAN, Tengku Zafrul Abdul Aziz didesak supaya berhenti dari terus mengelirukan rakyat dan memberi hujah palsu bagi mengelak moratorium automatik dilaksanakan.
Gesaan itu dibuat peguam terkenal, Haniff Khatri Abdullah menurut laporan FMT yang mengulas kenyataan Zafrul dalam satu program bersama Sinar Harian yang berkata, kerajaan perlu membayar kos pampasan terhadap institusi perbankan jika moratorium pukal dilaksanakan.
Menurut Haniff, Seksyen 4 dan Seksyen 5 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dirujuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB dan CEO CIMB Bank itu tidak terpakai kepada cadangan moratorium pinjaman membabitkan pihak bank dan pelanggannya.
“Dalam konteks ini, kita tak cadang ambil alih perjanjian pinjaman tetapi hanya menangguhkan pinjaman pelanggan dan kerajaan tak tertakluk kepada peruntukan Seksyen 4 dan Seksyen 5 bahawa kerajaan perlu bayar pampasan.
“Jangan kelirukan rakyat, jangan bagi kenyataan palsu berkaitan akta berkenaan,” katanya sambil meminta Zafrul supaya memahami akta di dalam Ordinan Darurat yang digubal oleh Perikatan Nasional, kerajaan yang dinaunginya sendiri.
“Beliau tak boleh kata moratorium itu adalah satu fasiliti yang diambil oleh kerajaan daripada bank. Itu tidak benar.” tegas Haniff.
Akta tersebut jelasnya hanya terpakai kepada sumber yang diambil alih untuk kegunaan kerajaan antaranya mengambil alih premis, tenaga kerja dan aset pihak swasta untuk memerangi Covid-19.
Justeru, beliau mendesak supaya Zafrul “menutup mulut” dalam menyentuh mengenai perundangan dan meminta Menteri Kewangan PN itu mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara terhadap sebarang kemusykilan.
“Cukup-cukuplah beri pandangan perundangan. Sama ada beliau faham atau tidak cadangan (moratorium automatik), beliau perlu minta nasihat Peguam Negara mengenai tafsiran pemakaian Seksyen 4 dan Seksyen 5 Ordinan Darurat berkenaan,” katanya.
Gesaan itu dibuat peguam terkenal, Haniff Khatri Abdullah menurut laporan FMT yang mengulas kenyataan Zafrul dalam satu program bersama Sinar Harian yang berkata, kerajaan perlu membayar kos pampasan terhadap institusi perbankan jika moratorium pukal dilaksanakan.
Menurut Haniff, Seksyen 4 dan Seksyen 5 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dirujuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB dan CEO CIMB Bank itu tidak terpakai kepada cadangan moratorium pinjaman membabitkan pihak bank dan pelanggannya.
“Dalam konteks ini, kita tak cadang ambil alih perjanjian pinjaman tetapi hanya menangguhkan pinjaman pelanggan dan kerajaan tak tertakluk kepada peruntukan Seksyen 4 dan Seksyen 5 bahawa kerajaan perlu bayar pampasan.
“Jangan kelirukan rakyat, jangan bagi kenyataan palsu berkaitan akta berkenaan,” katanya sambil meminta Zafrul supaya memahami akta di dalam Ordinan Darurat yang digubal oleh Perikatan Nasional, kerajaan yang dinaunginya sendiri.
“Beliau tak boleh kata moratorium itu adalah satu fasiliti yang diambil oleh kerajaan daripada bank. Itu tidak benar.” tegas Haniff.
Akta tersebut jelasnya hanya terpakai kepada sumber yang diambil alih untuk kegunaan kerajaan antaranya mengambil alih premis, tenaga kerja dan aset pihak swasta untuk memerangi Covid-19.
Justeru, beliau mendesak supaya Zafrul “menutup mulut” dalam menyentuh mengenai perundangan dan meminta Menteri Kewangan PN itu mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara terhadap sebarang kemusykilan.
Zafrul digesa tutup mulut dan tidak kelirukan rakyat |
0 Comments