MENJUNJUNG kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima mengadap pagi tadi di Istana Negara.
Saya bangkitkan juga soal ujian saringan yang rendah ketika ini, serta angka jangkitan dan kematian yang amat membimbangkan.
Saya turut menyebut bahawa tidak ada kewajaran untuk melanjutkan darurat melebihi dari 1 Ogos dan ia amat wajar untuk ditamatkan sesegera mungkin.
![]() |
Anwar terharu dengan keperihatinan Baginda |
Sekalung penghargaan kepada rakan-rakan media yang komited menjalankan tugas pagi ini.
Menjunjung kasih Tuanku.
Kenyataan Media
ANWAR IBRAHIM
Presiden Parti Keadilan Rakyat
0 Comments