PEMIMPIN politik veteran, mencadangkan agar Mahiaddin Md Yassin memanggil sidang Parlimen segera dengan memberikan notis 28 hari esok bagi membolehkan Dewan Rakyat bersidang bermula 19 Julai ini.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang membuat cadangan itu bagi mengelakkan krisis perlembagaan.
Menerusi satu kenyataan, beliau berkata bahawa hanya dengan memberikan notis esok, Ahad 20 Jun sahaja, Parlimen boleh bersidang mulai 19 Julai hingga 30 Julai.
Ia bagi membolehkan Parlimen menyelesaikan urusannya sebelum 1 Ogos 2021 di mana perisytiharan Darurat akan tamat.
“Sidang ini perlu untuk memenuhi titah Yang Dipertuan Agong agar Parlimen bersidang untuk membolehkan Ahli Dewan Rakyat membincangkan Darurat dan juga Pelan Pemulihan Nasional,” katanya.
Sementara itu, Kit Siang yang merupakan antara ahli politik paling lama berkhidmat sebagai wakil rakyat mempersoal sikap seorang pemimpin dari PAS yang dilihat cuba memperlekeh titah Seri Paduka supaya Parlimen bersidang segera.
“Sangat mengejutkan apabila melihat Menteri Pas berusaha memperlecehkan makna “segera” untuk memberikan justifikasi sidang boleh dibuat September atau Oktober di bawah Fasa Tiga Pelan Pemulihan Nasional,” kata beliau.
Kit Siang gesa Mahiaddin panggil sidang Dewan |
0 Comments