SIKAP ditunjukkan kerajaan susulan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Raja-Raja Melayu berhubung persidangan Parlimen dikritik.
Dipetik laporan FMT, beberapa penganalisis politik melihat kerajaan dikepalai Mahiaddin Md Yassin seolah-olah 'keberatan' mematuhi titah Agong dan Raja-raja Melayu.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr. Azmi Hassan dipetik laporan FMT berkata, beliau lihat “tiada keinginan” untuk memberi respons terhadap apa yang disifatkan beberapa pemerhati sebagai “dekri” dari Istana Negara.
Malah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan dianggap membuat "kesilapan lucu” dengan berkata, Agong tidak menyatakan secara khusus bilakah Parlimen patut bersidang semula.
“Kenyataan sedemikian tidak kelihatan betul.
"Ramai yang merasai istana mewakili suara mereka. Kerajaan mungkin bingung dengan kenyataan menteri undang-undang,” katanya sambil mempersoalkan sama ada Perikatan Nasional (PN) “masih memikirkan apa yang perlu dilakukan”.
Tambah Azmi lagi, sikap ditunjukkan PN boleh menyebabkan ramai rakyat khasnya orang Melayu di luar bandar, menolak kerajaan.
Untuk rekod, Seri Paduka Baginda dan Raja-raja Melayu melalui kenyataan berasingan dikeluarkan Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, tiada keperluan darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos dan Agong menasihatkan kerajaan supaya mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.
Panduan itu dicapai susulan perbincangan khas dipengerusi Seri Paduka Baginda bersama Raja-Raja bagi meneliti situasi semasa negara.
Sementara itu dipetik laporan serupa, Profesor Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula berkata, kerajaan menunjukkan kurangnya keinginan untuk melakukan pembaharuan yang dicadangkan Agong.
Sikap ditunjukkan k'jaan PN dipersoal |
Katanya, kerajaan harus memberikan komitmen bahawa ia bersetuju dengan Agong serta Raja-raja Melayu dan akan menamatkan darurat yang dijadualkan pada 1 Ogos ini atau menyebabkan kemarahan orang ramai semakin meningkat.
0 Comments