CADANGAN Mahiaddin Md Yasin untuk menubuhkan jawatankuasa bagi meneliti sidang Parlimen dilihat sebagai satu langkah untuk melengahkan pandangan Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen segera dibuka.
Demikian pandangan disuarakan Haniff Khatri Abdulla yang merupakan seorang peguam terkenal.
“(Ia juga adalah) alasan cetek untuk Muhyiddin menubuhkan jawatankuasa bagi meneliti isu persidangan Dewan Rakyat yang cuma akan melengahkan pematuhan kepada titah diraja (dan ia) pun dapat dielakkan,” katanya dalam kenyataan sambil menegaskan bahawa langkah menubuhkan jawatankuasa itu sama sekali tidak diperlukan jika cadangan yang dikemukakan kepada mereka seawal lapan bulan lalu diterima.
Untuk rekod, isu pembukaan semula parlimen semakin kuat menekan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas Raja-raja Melayu menyatakan pandangan bahawa ia wajar dilaksanakan "secepat mungkin".
Pandangan itu dibuat pada 16 Jun selepas Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu mengadakan perbincangan khas di Istana Negara.
Sementara itu ketika mengulas cadangan dikemuka lapan bulan lalu, Haniff merujuknya kepada desakan agar Azhar mengambil langkah perlu bagi mendraf segera pindaan yang perlu kepada Peraturan Majlis Mesyuarat dewan Rakyat bagi memasukkan bab baru yang membolehkan sidang secara maya dibuat.
"Memang sejak tahun lalu - atau lapan bulan lepas - lagi kerajaan PN sengaja melengahkan persidangan Dewan Rakyat sehingga ke tempoh Belanjawan 2021 dibentangkan.
"Ahli Parlimen Pagoh sewajarnya menetapkan tarikh persidangan Dewan Rakyat dengan jelas dan segera, bukannya tampil dengan "taktik licik.
"Kerajaan dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun wajib menjawab persoalan mengapakah tiada usaha diambil lebih awal sebelum ini untuk menyediakan Parlimen bersidang," tambahnya dipetik.
Muhyiddin baru-baru ini berkata sebarang keputusan untuk membuka semula sidang parlimen akan diputuskan oleh sebuah jawatankuasa membabitkan wakil kerajaan dan pembangkang.
Haniff anggap Mahiaddin cuba lengah titah Agong |
Desakan untuk mengembalikan sidang parlimen dibuat atas pelbagai alasan, termasuk perlunya mekanisme semak dan imbang terhadap semua tindakan kerajaan menangani negara berdepan dengan Covid-19 yang setakat ini dianggap gagal oleh sebilangan besar pemimpin politik dan rakyat.
0 Comments