EMPAT lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Bersatu Bahagian Johor Baharu dilapor menyusuli langkah Pengerusi Tetap Masazlina Bachok dan Timbalannya, Khairunnisah Ali serta enam AJK lain meletak jawatan dalam organisasi parti itu.
Mereka adalah Penolong Setiausaha Wanita Bahagian, Sulhaza Sulieman dan tiga AJK iaitu Hafsah Ahamed, Nur Diana Abdul Halim dan Puteri Firdaus Aswad Megat.
Dipetik laporan media, mereka dilapor telah menghantar surat peletakan jawatan kepada pucuk pimpinan Bersatu pada Ahad.
Perkembangan itu menyaksikan keseluruhan 12 AJK melepaskan jawatan, meninggalkan hanya Ketua Wanita Bahagian, Naibnya, Penolong Bendahari dan Ketua Penerangan serta seorang AJK yang masih membarisi jawatankuasa sayap bahagian itu.
Masazlina bersama yang lain dalam surat peletakan jawatan mereka sebelum ini menyatakan rasa tidak puas hati dengan perjalanan parti itu apabila mendakwa Ketua Wanita Bahagian Johor Bahru, Azlinda Abdul Latif tiada ketelusan dalam kepimpinan.
Azlinda yang juga setiausaha politik kepada Mahiaddin Md Yasin katanya bertindak lepas tangan dalam sesuatu masalah dan menganggap remeh setiap perkara dibangkitkan selain mempamerkan kepimpinan berat sebelah.
“Suara akar umbi juga kurang mendapat perhatian seolah-olah wujud pentadbiran kayangan. Begitu juga mengamalkan perpecahan dalam parti dan mengetepikan perlembagaan parti yang menerapkan nilai penyatuan,” katanya.
Masazlina dakwa berlaku kepincangan |
Ketua Srikandi itu juga jelasnya tidak membawa dalam mesyuarat berhubung pemilihan atau pencalonan jawatankuasa lantikan, pelantikan pengerusi-pengerusi biro serta Pengerusi Biro Srikandi Muda daripada yang lama sehingga terbaharu.
0 Comments