PIHAK pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan bekas timbalan perdana menteri itu mengambil kesempatan atas jawatan tingginya untuk “mengumpul kekayaan”.
Timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran berkata begitu dalam kenyataan pembukaannya pada perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi melibatkan sistem visa warga asing kerajaan yang bermula hari ini.
Zahid yang juga Menteri dalam Negeri ketika berkuasa dakwanya menerima rasuah dalam pelbagai mata wang asing, termasuk dolar Singapura, euro dan dolar Amerika Syarikat, selain ringgit, daripada kontraktor, Ultra Kirana Sdn Bhd.
“Pendakwaan akan membuktikan bahawa orang kena tuduh (Zahid) terlibat dalam pelantikan Ultra Kirana untuk (mengurus) sistem visa berdasarkan keterangan dokumen dan lisan,” kata Raja Rozela.
Zahid didakwa menerima wang tunai S$14.71 juta, USD15,000, euro5,000 dan RM3.13 juta antara 2014 dan 2017.
Wang itu menurut pasukan pendakwan dibayar sebagai dorongan kepada Zahid untuk melanjutkan kontrak Ultra Kirana bagi mengurus sistem visa dan Pusat Sehenti (OSC) di China.
Zahid, 68, berdepan 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
33 pertuduhan dihadapinya ialah menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018 mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri telah mendapatkan untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai SGD1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi dirinya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights antara Jun 2015 dan Oktober 2017 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu Raja Rozela memaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 20 saksi bagi membuktikan 40 tuduhan rasuah terhadap Zahid.
“Mahkamah akan mendengar keterangan daripada saksi tentang bagaimana wang itu dibayar kepada tertuduh.
“Pada akhir kes pendakwaan, mahkamah akan melihat kaitan antara pelantikan Ultra Kinrara dengan wang yang dibayar kepada tertuduh,” katanya dalam perbicaraan yang berlangsung di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa.

![]() |
20 saksi akan dipanggil ke Mahkamah |

0 Comments