DUA buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bertembung malam tadi mengakibatkan 47 penumpang cedera parah manakala 166 lagi cedera ringan
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.15 malam berhampiran stesen KLCC itu melibatkan tren bernombor 240 dan 181 yang membawa 213 penumpang.
Tren bernombor 240 yang sedang dalam ujian dinaiki seorang pemandu dan seorang operator. Ia dipandu uji secara kawalan manual serta tidak diselaraskan dengan kawalan pusat.
Sebelumnya, video dan gambar mengenai insiden itu tular di media sosial, penumpang bergelimpangan dan ada yang mengalami kecederaan serta berdarah.
Sebagai rekod, insiden pertembungan dua tren itu adalah pertama kali berlaku di negara ini sejak operasinya pada 23 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang dipetik laporan media percaya berlaku masalah komunikasi di stesen LRT.
"Kita dapati mungkin berlaku misscommunication di pusat kawalan LRT," katanya di tempat kejadian sambil memaklumkan kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.
Prasarana menerusi kenyataan memohon maaf atas atas insiden itu dan akan menyiasat punca kejadian itu.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.15 malam berhampiran stesen KLCC itu melibatkan tren bernombor 240 dan 181 yang membawa 213 penumpang.
Tren bernombor 240 yang sedang dalam ujian dinaiki seorang pemandu dan seorang operator. Ia dipandu uji secara kawalan manual serta tidak diselaraskan dengan kawalan pusat.
Sebelumnya, video dan gambar mengenai insiden itu tular di media sosial, penumpang bergelimpangan dan ada yang mengalami kecederaan serta berdarah.
Sebagai rekod, insiden pertembungan dua tren itu adalah pertama kali berlaku di negara ini sejak operasinya pada 23 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang dipetik laporan media percaya berlaku masalah komunikasi di stesen LRT.
![]() |
Dipercayai akibat misscommunication |

0 Comments