Kongres Tahunan KEADILAN bakal dijalankan secara maya


KONGRES Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang dijadualkan pada 4 hingga 6 Jun ini akan diteruskan dengan perubahan format secara dalam talian sepenuhnya.

Pengarah Kongres parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kongres kali ini berbeza dengan perancangan asal parti itu yang akan menganjurkan secara bersepadu bermula 4 Jun ini.

“Kongres Nasional Tahunan KEADILAN akan dimulakan dengan kongres sayap-sayapnya iaitu Kongres Wanita PKR diadakan pada 4 Jun disusuli dengan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 5 Jun dan diakhiri dengan Kongres Nasional PKR pada 6 Jun.

“Kesemua 2,400 orang perwakilan dan pimpinan KEADILAN akan menyertai kongres ini menerusi aplikasi zoom dari rumah masing-masing dan tidak berlaku perkumpulan fizikal.

“Pihak media dan orang awam boleh mengikuti persidangan ini menerusi siaran langsung di laman media sosial KEADILAN,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN itu lagi, kongres secara atas talian diambil selepas pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) oleh kerajaan disebabkan jangkitan Covid-19 yang semakin tidak terkawal.

Beliau berkata, ia juga sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan persidangan diadakan.

Sehubungan itu jelasnya, parti tersebut telah menulis kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung keputusan ini selain turut memaklumkan keputusan terbaharu ini berhubung perubahan pelaksanaan kongres kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 Kongres bakal bermula 6 Jun ini
Dalam kenyataan sama, parti itu terus menyeru orang ramai terus mematuhi SOP sebagai satu cara memutuskan rangkaian wabak Covid-19 di negara ini

“PKR dengan ini menyeru kepada semua pihak tidak kira status sosial yang dipegang saudara saudari sama ada ‘kayangan’ atau marhaen untuk terus mematuhi SOP dan bertanggungjawab atas setiap tindakan kita dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments