Ceupacs gesa K'jaan PN segera laksana 'total lockdown'

 


KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menghentikan PKP “sekejap buka sekejap tutup,”

Presidennya, Adnan Mat, berkata situasi negara masa ini memerlukan langkah drastik untuk membendung gelombang ketiga Covid-19. dan kerajaan perlu  melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di seluruh negara sekurang-kurangnya bagi tempoh 21 hari.
 
Tegasnya, tempoh 21 hari itu adalah paling minimum bagi membolehkan langkah drastik dilaksanakan kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

“Ekonomi semakin perlahan, pendidikan anak-anak terabai dan kadar pengangguran meningkat. Ditambah lagi dengan penularan varian berbahaya daripada Afrika dan India ketika ini, PKP penuh diyakini dapat memastikan negara kembali di landasan terbaik,” katanya dalam kenyataan.

"Sekiranya kerajaan masih lagi menggunakan SOP (prosedur operasi standard) semasa bagi mengekang penularan Covid-19, Cuepacs bimbang perkhidmatan kesihatan negara akan menjadi lumpuh sekali gus mengundang darurat kesihatan yang serius kepada negara," katanya dalam kenyataan.

Adnan berkata, situasi semasa menyaksikan perkhidmatan kesihatan negara berdepan cabaran terlalu dahsyat untuk merawat pesakit Covid-19, dan pada masa sama, menguruskan pesakit lain.

SOP sedia ada yang dilaksanakan dalam PKP 2.0 dan PKP 3.0 ketika ini dilihat tidak berkesan mengurangkan jangkitan Covid-19 bahkan ia dilihat semakin meningkat setiap hari dengan trend peningkatan kes disebabkan pergerakan orang ramai yang tidak terkawal.

Keadaan itu tambahnya diburukkan lagi dengan SOP yang sentiasa berubah dan tidak seragam telah mengelirukan rakyat.

Justeru, beliau mencadangkan pelaksanaan PKP ala 18 Mac tahun lalu, di mana hanya perkhidmatan penting dibenarkan beroperasi, manakala selebihnya ditutup dan pergerakan orang ramai dikekang ketat.

Adnan berkata, pelaksanaan PKP menyeluruh itu mungkin nampak “terseksa” tetapi yakin ia berkesan untuk melandaikan lengkuk jangkitan Covid gelombang ketiga yang berlaku sekarang.

Adnan berkata, situasi semasa menyaksikan perkhidmatan kesihatan negara berdepan cabaran terlalu dahsyat untuk merawat pesakit Covid-19, dan pada masa sama, menguruskan pesakit lain.

Beliau berkata, jika PKP penuh tidak dilaksanakan segera dan kerajaan masih menggunakan SOP semasa untuk mengekang penularan Covid-19, perkhidmatan kesihatan negara berisiko lumpuh, sekali gus mengundang darurat kesihatan lebih serius.

Sementara itu, Cuepacs turut menggesa menteri dan kementerian yang terlibat mengawal harga barangan keperluan harian memastikan tiada pihak memanipulasi harga sekiranya PKP penuh dilaksanakan selain bantuan kewangan kepada isi rumah yang terjejas wajar diberi oleh kerajaan.

"Bank Negara dan Kementerian Kewangan perlu mewajibkan bank-bank melaksanakan semula moratorium penuh seperti tahun lalu kepada semua peminjam selama tiga bulan sebagai inisiatif mengurangkan kesan ekonomi serta kepada individu dan organisasi," jelasnya.

Kadar jangkitan makin membimbangkan
Semalam, Kementerian Kesihatan  melaporkan 6,075 kes baharu Covid-19. Ia angka jangkitan rekod tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Malaysia sebelum ini berjaya mencatatkan sifar kes tempatan susulan langkah pelaksanaan {KP secara penuh pada tahun lalu. Bagaimanapun perebutan kuasa di Sabah yang menyaksikan Pilihan Raya Negeri terpaksa diadakan dianggap menjadi punca penularan wabak tersebut tercetus kembali dengan lebih teruk.

Post a Comment

0 Comments