Covid-19: Timbalan Pengerusi Tetap Umno meninggal dunia


TIMBALAN Pengerusi Tetap Umno, Rizuan Abd Hamid yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini dilapor meninggal dunia.

Berita pemergian Allahyarham Rizuan dikongsikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi

"Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Dato Seri Hj Rizuan Abd Hamid, Ketua Umno Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap Umno Malaysia telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama2 para syuhada dan para solihin. Alfatihah," katanya pada hantaran di media sosial malam tadi.

Rizuan yang juga Ketua Umno Bahagian Kepong disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari sama.

Rizuan meninggal dunia di ICU PPUM
Rizuan dilapor meninggal dunia di ICU pusat perubatan itu.

Sebelum ini, berita  Rizuan berada dalam keadaan kritikal setelah dijangkiti wabak itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

Dalam pada itu, isteri Rizuan,  Madinah Mohamad turut dilaporkan menerima rawatan di ICU di pusat perubatan yang sama.

Post a Comment

0 Comments