MENTERI dalam Negeri kerajaan Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin digesa memberi penjelasan mengenai beberapa istilah dalam rakaman audio klip 'budak kita' yang tular baru-baru ini.
Gesaan itu dibuat Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang menegaskan bahawa beberapa patah perbualan oleh Hamzah telah membangkitkan rasa curiga dikalangan rakyat tentang niat Setiausaha Agung parti politik Bersatu dalam perbualan itu.
Susulan itu tegasnya, rakyat negara ini berhak mendapatkan jawapan dari Ahli Parlimen Larut itu.
"Selain itu, apakah yang Hamzah maksudkan dengan 'it will be very good for us' (Bagus untuk kita) itu? Siapakah 'us' (kita) yang dimaksudkan dalam konteks perbualan Hamzah?” soalnya Sheikh Umar lagi merujuk rakaman tular itu.
Hamzah dalam rakaman itu antaranya menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.
“Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya dalam audio itu.
Hamzah baru-baru ini menegaskan beliau tidak bersalah, sebaliknya menyalahkan individu yang mereka audio tersebut.
Sementara itu kata Sheikh Umar, tindak tanduk Hamzah ibarat watak ahli politik tanpa integriti mencatur kuasa dalam filem Tamil.
Ia tambahnya telah meletakkan kedudukan pasukan keselamatan itu yang sepatutnya dipandang tinggi oleh semua pihak kini berada di kedudukan sebaliknya.
“Amat malang sekali, tindakan Hamzah hanya akan mencemarkan imej PDRM,” katanya ADUN Paloh itu lagi.
Tindakan tanduk Hamzah menjadi perhatian ramai kebelakangan ini setelah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan percubaan Hamzah mengawal pasukan itu.
Abdul Hamid berkata, Hamzah terlalu banyak mencampuri urusan kepolisian termasuk percubaan mengatur pegawai-pegawai kanan agensi penguatkuasaan itu.
Terbaharu, bekas orang nombor 1 dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut mendedahkan usaha Hamzah cuba menggantikan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan dengan 'budaknya'.
Hamzah tegas Abdul Hamid cuba melakukan tindakan-tindakan tersebut demi kepentingan politik peribadinya.
Sebagai rekod banyak pihak tampil menggesa Hamzah meletakkan jawatannya.
Ketua Pemuda Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, turut mahu Muhyiddin Yassin 'bangun' mempertahan integriti PDRM dengan menggugurkan Hamzah dari jawatan menteri.
Namun sehingga kini Muhyiddin dilihat mengambil sikap 'bisu' dalam isu membabitkan Hamzah. Ahli Parlimen Pagoh itu lebih berminat membuat kenyataan mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara Pandelela Rinong yang meraih pingat emas pada kejohanan terjun Piala Dunia di Jepun semalam.
“Pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus dilihat sebagai penyangak politik selagi tiada tindakan diambil," kata Nasrul mengulas cubaan campur tangan Hamzah dalam PDRM.
Hamzah, apa maksud 'budak kita, bagus untuk kita' ?

![]() |
Apakah Hamzah beban baru kerajaan Muhyiddin |

0 Comments