PUTRAJAYA didesak melakukan rombak strategi dalam memerangi virus Covid-19 secara menyeluruh.
Gesaan itu disuarkan pemimpin veteran, Lim Kit Siang setelah strategi yang digunakan selama 16 bulan ini dilihat gagal.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu melalui satu kenyataan berkata, kegagalan kerajaan mengawal penularan virus berkenaan menjadikan Malaysia antara negara berprestasi buruk, bahkan lebih teruk dari Amerika Syarikat.
“Kita mempamerkan prestasi sangat lemah dalam setiap aspek pandemik Covid-19, mengakibatkan negara mencatatkan jumlah kumulatif yang sangat besar, peningkatan kes dan kematian baru yang tinggi setiap hari, di samping kadar proses vaksinasi yang rendah,” katanya.
Data laman sesawang ‘Our World Data’ menyatakan purata tujuh hari kes Covid-19 per sejuta penduduk, Malaysia mencatatkan angka lebih tinggi berbanding AS dan United Kingdom – Malaysia pada 129.91 berbanding AS (100.34) dan UK (933.69).
Portal FMT dalam laporannya sebelum ini mendedahkan beberapa menteri memberi amaran mengenai kemarahan rakyat yang semakin meningkat, dengan harapan kerajaan akan menggunakan strategi komunikasi yang lebih baik untuk meredakan ketegangan.
Mereka berkata, kerajaan gagal berkomunikasi secara berkesan dengan rakyat, bergantung hanya pada data dan bukan kisah sebenar mengenai rakyat yang menderita Covid-19.
“Ada beberapa kebenaran yang sukar yang perlu diketahui oleh perdana menteri. Kami telah sampaikan mesej itu. Sekiranya mereka tidak ambil perhatian, kerajaan mungkin tidak dapat melawan kemarahan itu,” kata seorang sumber sambil berkata, kebanyakan pemimpin menyedari mereka mungkin sudah terlambat untuk meredakan kemarahan rakyat.
Sementara itu, Kit Siang mempersoalkan, dengan keluhan disuarakan rakyat, apakah Muhyiddin akan melakukan sesuatu untuk menangani pendemik itu dengan lebih berkesan.
“Adakah Muhyiddin akan dengar? Saya sudah katakan kerajaan Muhyiddin berdepan krisis nasional dan ia tidak memiliki keyakinan rakyat untuk mentadbir, mengurus malah menyelesaikan masalah.
“Pembangkang bersedia untuk membentuk kerajaan bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional dalam melawan pandemik – bersidang di Parlimen, tiada gerakan ‘undi tidak percaya’ dan menggerakkan mobilisasi nasional untuk memulihkan negara menjadi normal.
“Namun, tiada sebarang maklum balas daripada kerajaan Muhyiddin, Adakah Muhyiddin sedar bahawa pemerintahannya berdepan krisis keyakinan terburuk dalam sejarah Malaysia?” soalnya.
Sebagai rekod, Malaysia kini hampir melepasi angka 500,000 kes, dengan 1,947 kematian.

![]() |
Kerajaan Muhyiddin perlu ubah strategi |

0 Comments