SEORANG Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menggunakan kuasa perlembagaannya bagi mempertahankan {arlimen.
Justeru kata Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) Azhar perlu memanggil sidang Dewan Rakyat segera bagi membincangkan isu berkaitan rakyat.
Sebagai Speaker Dewan menurutnya kuasa ketua badan perundangan itu, adalah setara dengan perdana menteri yang memimpin kerajaan dan ketua hakim, yang mengetuai badan kehakiman.
“Dalam pengertian ini, menjadi tanggungjawab seorang speaker untuk mempertahankan Parlimen dan dengan terbuka meminta perdana menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong memanggil Parlimen untuk bersidang ketika darurat sedang berkuatkuasa.
“Saya sedih kerana speaker seolah tidak bersama kita dalam memastikan nasihat Yang Di-Pertuan Agong dipatuhi,” katanya, merujuk kepada kenyataan Istana Negara sebelum ini.
Dalam kenyataan pada Februari lalu yang dikeluarkan oleh Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkata, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat perdana menteri.
Namun sehingga kini difahamkan, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri belum menasihatkan tarikh yang sesuai untuk sidang itu dimulakan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata Azhar perlu menggunakan kuasanya sebagai speaker untuk meyakinkan perdana menteri memanggil semula Parlimen.
![]() |
Azhar mesti pertahankan sistem Parlimen |
“Parlimen digantung kerana Covid-19 tetapi sekarang, jumlah kes dan kematian melonjak. Rasional untuk menggantung Parlimen tidak lagi terpakai. Speaker perlu bertegas dan melaksanakan tanggungjawabnya,” katanya.
0 Comments