PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan bukan saja perlu menyiasat dakwaan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, malah mesti memberikan penjelasan berhubung isu penyalahgunaan kuasa menteri seperti didedahkan.
Dalam satu kenyataan, Anwar berkata pendedahan itu wajar disiasat kerana campur tangan yang didakwa sangat mencemar nama baik polis hingga boleh merobek keyakinan rakyat terhadap kredibilitipasukan itu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang di negara ini sepatutnya bebas daripada sebarang campur tangan politik.
Tegasnya, pendedahan Abdul Hamid pada Jumaat lalu secara tidak langsung membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang "tiada keabsahan" cuba menggunakan pelbagai cara dan helah untuk berpaut pada kuasa.
"Saya menggesa siasatan menyeluruh dan lengkap dilakukan bagi menyiasat pendedahan ini, dan pemerintah mesti menjawab segala dakwaan sesegera mungkin," katanya dalam kenyataan tersebut.
Jumaat lalu, Abdul Hamid dalam sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis tanpa berselindung menyatakan rasa tidak senang kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin.
Setiusaha Agung Bersatu itu tegasnya telah campur tangan dan mengganggu tugasnya dalam PDRM.
![]() |
Pendedahan campur tangan calarkan PDRM |
Justeru bekas pengarah Cawangan Khas Bukit Aman itu mencadangkan di masa depan agar individu yang bebas dan tiada konflik kepentingan seperti bekas hakim dilantik mengetuai Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dan bukan orang politik bagi mengelak kejadian sama berlaku lagi.
0 Comments