Akta Polis beri kuasa penuh pada ketua, bukan menteri- Hanif Omar


AKTA
Polis memberi kuasa penuh kepada pegawai tertinggi pasukan itu untuk “memerintah dan mengawal” pasukannya berbanding peranan dimainkan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang dipengerusikan oleh menteri dalam negeri.

Bekas ketua polis negara (KPN) Tun Mohammed Hanif bin Omar yang dipetik laporan FMT berkata, suruhanjaya itu mahupun Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai kuasa seperti dimiliki KPN dalam mengawal pasukan keselamatan itu.

“Walaupun SPP mempunyai tujuannya seperti yang disebut oleh menteri undang-undang, namun ia tidak termasuk mengurus pasukan polis,” kata ketua polis negara yang paling lama berkhidmat itu merujuk kenyataan menteri dari Pas, Takiyuddin Hassan semalam.

Semalam, Takiyuddin berkata, Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa SPP yang dipengerusi Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin mengendalikan urusan berkaitan kenaikan pangkat, disiplin, kebajikan dan lain-lain melibatkan anggota polis.
 
Takiyuddin dipercayai menyebut perkara itu sebagai respons terhadap kritikan Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung dakwaan campur tangan Setiausaha Agung parti Bersatu itu dalam urusan polis.

Hamid dalam sidang media baru-baru ini mendedahkan, Hamzah “mahukan kuasa” untuk mengawal dan menentukan di mana pegawai polis ditempatkan.

Sementara itu Hanif berkongsi pengalaman sepanjang menjadi KPN.

Selama 20 tahun memangku jawatan itu dengan tiga Menteri Dalam Negeri bertukar, beliau mengakui tidak berdepan masalah seperti dilalui Abdul Hamid.

Katanya, tiada dalam kalangan menteri terbabit cuba campur tangan dalam pengendalian pasukan polis dan SPP serta pengerusinya berperanan mengikut fungsi yang ditetapkan dalam perlembagaan.

“Justeru SPP, seperti yang wujud sekarang boleh berperanan sekiranya semua pihak bekerja dalam batas undang-undang masing-masing.” katanya.

 Dalam pendedahannya sebelum ini, Abdul Hamid turut menyatakan rasa kesal apabila SPP yang dipengerusi Hamzah gagal menjalankan tugas dengan baik.

Kuasa pada Hamid, bukan Hamzah jelas Hanif
Berbanding mesyuarat yang perlu diadakan setiap bulan, SPP katanya hanya mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali dalam setahu dengan perjalanan mesyuarat itu seolah-olah 'pertemuan minum kopi'.

Abdul Hamid turut mendedahkan banyak kes-kes tertangguh masih tidak diselesaikan, malah lebih teruk dakwanya SPP yang turut berperanan menjaga kebajikan anggota polis tidak mempunyai pejabat mereka sendiri.

Post a Comment

0 Comments