PN jangan jadikan isu undi18 macam bola ping pong


PENTADBIRAN Muhyiddin Yassin digesa tidak berdolak dalik dengan menjadikannya pelaksanaan Undi18 seperti bola ping-pong, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

Melalui satu kenyataan, Hassan menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus bertanggungjawab dalam memastikan had umur mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun seperti dijanjikan.

“Jadi, dalam isu Undi 18 tahun ini, bolehkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) tolak bola pingpong ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? Kerajaan PN tidak boleh tolak-tolak kepada pihak yang lain.

“Ini tanggungjawab kerajaan semasa yang mewarisi keputusan parlimen yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Tegas wakil rakyat KEADILAN itu lagi, polisi Undi 18 telah diluluskan sebulat suara dalam Dewan Rakyat pada tahun 2019 di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Yang jadi kerajaan ialah Perikatan Nasional yang kuasanya sekarang hampir unlimited – tak terbatas- di bawah Ordinan Darurat. Kata pepatah Melayu, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih," katanya.

 Tak hendak seribu dalih, Kata Hassan


Baru-baru ini SPR memaklumkan pelaksanaan Undi 18 serta pendaftaran automatik terpaksa ditangguhkan sehingga selepas Sept 2022 atas alasan persediaannya terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

 
Pengkritik berpendapat tidak ada sebab mengapa pendaftaran pengundi sedia ada tidak dapat diperluas kepada mereka yang berusia 18 tahun.

Post a Comment

0 Comments