PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengemukakan surat tuntutan bagi menuntut Xavier Jayakumar membayar RM10 juta.
Ia selepas Ahli Parlimen Kuala Langat itu secara mengejut bertindak keluar daripada parti itu bulan lepas.
Bendahari Agung parti tersebut, Lee Chean Chung dipetik laporan Bernama berkata surat tuntutan berkenaan akan diserahkan oleh peguam parti itu esok dan Xavier diberi masa sehingga tujuh hari untuk menyelesaikannya.
"Sesiapa yang membuat keputusan untuk meninggalkan parti mereka perlu menerima akibat, mereka seharusnya membayar RM10 juta seperti dipersetujui," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu itu.
Pada 13 Mac lepas, Dr Xavier mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Naib Presiden dan ahli KEADILAN bagi menyokong Perikatan Nasional dikepalai Muhyiddin Yassin.
Tindakan itu kurang sebelum selepas sebuah portal melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemimpin KEADILAN negeri yang pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas kepada Xavier.
Ia berhubung dakwan rasuah melibatkan jutaan ringgit dalam projek pasir yang didakwa melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran HARAPAN.
Menurut Portal MalaysiaNow yang pro kepada PN, pada 16 Febuari lalu berkata, SPRM turut merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat individu itu dan bank akaun milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta dibekukan.
Portal itu yang memetik sumber berkata, kereta mewah yang dirampas digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.
![]() |
KEADILAN bakal hantar surat tuntutan |
Antara mereka ialah Zuraida Kamarudin, Steven Choong , Mohamed Azmin Ali dan pemimpin yang pro bekas Timbalan Presiden parti itu yang keluar untuk menyokong PN susulan langkah Sheraton tahun lalu.
0 Comments