AMANAH Pulau Pinang menuntut supaya Menteri Luar, Hishammuddin Hussein memohon maaf dan menarik balik gelaran ‘elder brother’ yang diucapkannya kepada Republik China.
Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria yang dipetik laporan media berkata, ungkapan dibuat Hishammuddin ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China baru-baru ini dianggap menghina dan tidak bermaruah.
Justeru tegasnya, AMANAH Pulau Pinang bersetuju dan menyokong penuh kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengkritik keterlanjuran Hishammuddin itu.
“AMANAH Pulau Pinang mengambil berat tindakan Hishammuddin sewaktu pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Wang Yi yang menyifatkan negara tersebut sebagai ‘elder brother’ kepada Malaysia.
“AMANAH Pulau Pinang menuntut Hishamuddin supaya menarik balik kenyataan tidak bermaruah tersebut dan memohon maaf kepada rakyat negara ini," tegasnya.
Terdahulu, Anwar yang juga Presiden KEADILAN menegaskan bahawa Menteri Luar itu tidak sepatutnya menggunakan gelaran itu dalam diplomasi dan hubungan antarabangsa.
Sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, kenyataan beliau itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara kita sendiri, ia tegasnya seolah-olah meletakkan taraf Malaysia kepada hanya sebagai boneka asing.
Ketelanjuran Hishamuddin itu turut menarik perhatian bekas Menteri Luar. Anifa Aman dalam satu kenyataan berkata, ungkapan yang digunakan Hishammuddin bukan sahaja tidak sesuai digunakan, malah telah melanggar adat diplomatik yang diamalkan negara ini.
![]() |
AMANAH gesa Hishamuuddin mohon maaf |
“Ia cukup salah untuk melanggar adat diplomatik, namun untuk berdebat dan cuba mewajarkannya jelas menunjukkan keperibadian sebenar individu berkenaan.” tegasnya.
0 Comments