SETIAUSAHA Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Saifuddin Nasution menyatakan bahawa parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima prinsip perjuangan mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bercakap selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Tambun di Ipoh semalam, Saifuddin berkata, berdasarkan sejarah penubuhannya sejak 22 tahun lalu, parti itu sememangnya tidak pernah bertanding secara bersendirian pada PRU.
Menurutnya lagi, antara prinsip dibawakan parti itu ialah Islam agama Persekutuan dan kebebasan beragama, pengiktirafan institusi raja-raja Melayu, hak istimewa Melayu dan hak kebebasan etnik Sabah Sarawak tetapi hak kaum lain terus terbela dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di samping bahasa ibunda boleh dipelajari.
"Prinsip kita juga membanteras rasuah, berusaha untuk mewujudkan tatakelola pemerintahan, practice of good governance. Itu prinsip-prinsipnya.
"Kalau ada gabungan selain daripada PH sekarang yang menerima prinsip itu, kami nyatakan bahawa KEADILAN bersikap terbuka untuk meneroka potensi kerjasama dengan semua pihak.
"Kami mengambil pendekatan terbuka kepada semua tanpa kami menamakan mana-mana pihak yang berminat itu," jelas bekas menteri itu.
![]() |
KEADILAN sentiasa terbuka, asal patuhi prinsip |
Sebaliknya jelasnya KEADILAN akan membina kekuatan sendiri bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
0 Comments