Perdana Menteri didenda sebab tak pakai pelitup muka


PERDANA MENTERI Thailand Prayuth Chan o-cha adalah antara orang awal didenda kerana tidak memakai pelitup muka pada hari pertama pihak berkuasa di Bangkok mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam semalam.

Dipetik laporan Bernama , Prayuth yang juga merupakan menteri pertahanan didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa menghadiri mesyuarat di rumah kerajaan.

Terdahulu, Sekeping gambar Prayuth tanpa memakai pelitup muka semasa mempengerusikan mesyuarat dimuat naik di Facebook rasmi Prayuth. Ia bagaimanapun telah dipadam kemudiannya.

Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang dalam laman rasmi Facebooknya berkata dia memfailkan aduan terhadap perdana menteri hari ini.

Aswin berkata perdana menteri itu diberitahu bahawa dia melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka semasa di luar kediaman.

“Beliau (Prayuth) telah dikenakan denda 6,000 baht… Beliau setuju untuk membayar denda berkenaan,” katanya dipetik.

Perdana Menteri Thailand tak pakai pelitup muka
Seksyen 51 Akta Penyakit Berjangkit 2015 Thailand menetapkan bahawa seseorang yang telah melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda maksimum 20,000 baht.

Bagaimanapun Bangkok Post melaporkan pegawai penguat kuasa mungkin menimbangkan pertuduhan yang lebih ringan berdasarkan peraturan berkaitan denda itu, antara lain menetapkan denda 6,000 baht bagi kesalahan kali pertama, 12,000 baht bagi kali kedua, dan 20,000 baht bagi kali ketiga.

Post a Comment

0 Comments