AHLI PARLIMEN Tawau, Christina Liew mahu kerajaan melonggarkan Prosuder Operasi Standar (SOP) di kawasan yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Tawau.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi KEADILAN Sabah itu berkata, langkah itu termasuk dengan membenarkan beberapa sektor tertentu ekonomi di kawasan terkesan terus beroperasi.
Menurutnya, dengan membenarkan sektor tertentu itu kekal beroperasi, ia akan dapat mengurangkan beban dan tekanan ekonomi terhadap penduduk Tawau yang terjejas dengan PKPD itu.
“Aktiviti jualan wajar dilonggarkan tertakluk kepada SOP kerana ini mampu meningkatkan pendapatan dan membantu peniaga kecil,” katanya dalam kenyataan.
Lapan lokaliti di daerah Tawau, Sabah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 25 April 2021.
Menteri Kanan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan PKPD di lapan lokaliti di daerah Tawau disambung sehingga 30 April ini.
Pengumuman itu kemudian dikritik penduduk Sabah dengan beberapa aktivis membuat protes di sempadan penguatkuasaan PKPD di Kampung Muhibbah Raya.
Seorang aktivis yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, langkah melanjutkan PKPB itu akan membebankan penduduk terbabit terutama bagi mereka yang tiada pendapatan tetap.
"Kami membuat bantahan kerana kebanyakan penduduk kampung di sini bergantung kepada gaji harian, dan dengan penguatkuasaan PKPD, mereka tidak boleh mencari makan.
"Mereka juga tidak diberi bantuan sewajarnya (sepanjang penguatkuasaan perintah itu). Jadi kami menggesa kerajaan untuk tidak melanjutkannya," kata individu itu dipetik.
![]() |
Turut gesa bantuan dipercepatkan |
“Saya sedih apabila mengenangkan ada keluarga yang tiada makanan untuk berbuka puasa.
“Pusat Khidmat Parlimen Tawau berusaha keras menyediakan bantuan kecemasan kepada keluarga yang memerlukan, dan ini akan diagihkan ke kawasan tersasar serta secara berperingkat,” katanya lagi.
0 Comments