NAIB PENGERUSI DAP Kedah, Zulhazmi Shariff bersedia menawarkan khidmat guaman percuma kepada seorang peniaga burger di Kota Baharu yang dikompaun RM50,000 atas dakwaan telah melakukan kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Dipetik laporan Malaysia dateline Zulhazmi yang merupakan seorang peguam berpandangan individu itu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir tidak perlu membayar jumlah tersebut.
“Kalau saya ada di Kota Bharu, saya akan tawarkan khidmat guaman percuma kepada peniaga tersebut. Jangan bayar, kita lawan.
“Walaupun kita rakyat biasa yang tiada jawatan, pangkat dan darjat tapi darjat kita amat tinggi dan utama kepada keluarga kerana kitalah satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga,” tegasnya di Facebook.
Beliau turut mempersoal jumlah kompaun dikenakan, menurut Zulhazmi kadar maksimum kompaun terbabit hanya RM10,000 orang persendirian.
“Jika persendirian, maka notis kompaun tersebut salah dan boleh terbatal kerana kadar kompaun RM50,000 itu adalah untuk pertubuhan atau syarikat,” katanya.
Malah, tambahnya, kadar kompaun jika diturunkan kepada RM10,000 sekali pun hanya nilai tawaran maksimum.
“Jumlah kompaun boleh diturunkan atas budi bicara kerana kompaun itu pun sekadar budi bicara bukan hukuman,” ujarnya lagi.
Wan Mohd Faisal sebelum ni memberitahu dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan jam 11.10 malam di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang.
Jelasnya dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, tiada seorang pelanggan pun di gerai yang terletak di hadapan rumahnya selain meja juga tidak dibuka.
Dia sebenarnya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang.
"Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini," katanya dipetik.
Susulan pendedahan itu, warganet tampil menyatakan rasa simpati kepada Wan Mohd Faisal.
![]() |
Zulhazmi nak bantu Wan Mohd Faisal |
"Bila tengok jumlah (kompoun) memang terkejut... biar betul.Kami hanya berniaga cari makan depan tangga rumah, dan tiada seorang pun pelanggan. Namun tanpa budi bicara, kompaun terus dikeluarkan.. tiada amaran atau budi bicara
"Tak adil kami dikenakan kompoun dalam jumlah yang begitu besar," kata wanita berusia 37 tahun itu.
0 Comments