SEBARANG bentuk seksual wajib dikecam kerana ia bukan bukan salah satu norma yang boleh dditerima dalam masyarakat Malaysia, tegas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Fuziah yang merupakan Ketua Wanita KEADILAN melalui satu kenyataan menegaskan bahawa seluruh rakyat di negara ini harus memandang serius isu tersebut.
Mengulas isu gangguan seksual yang mendapat perhatian masyarakat baru-baru ini, Beliau menegaskan bahawa perbuatan mempersenda maruah wanita termasuk pelajar perempuan tegasnya jika tidak dihalang akan menjadi suatu ‘kelaziman’ di negara ini.
Media sosial sebelum ini kecoh dengan pendedahan seorang pelajar sekolah berumur 16 tahun yang mendakwa seorang guru bergurau keterlaluan apabila seolah-olah menggalakkan perbuatan rogol.
Polis dilapor telah sudah merakam keterangan pelajar dan guru terbabit.
Media baru-baru ini turut mendedahkan rungutan pelajar berhubung amalan memeriksa pelajar perempuan yang datang haid secara mengejut terhadap pelajar perempuan untuk memastikan mereka tidak mengelak solat berjemaaah.
Pemeriksaan itu didakwa dibuat dengan cara yang tidak sepatutnya.
Sementara itu dalam kenyataan sama, Fuziah menyelar kegagalan beberapa menteri termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun yang menurutnya gagal mengenalpasti isu gangguan seksual sebagai satu isu yang amat besar adalah amat mengecewakan.
Beliau turut mengkritik Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin yang seolah-olah mempamerkan sikap sambil lewa dalam isu itu
“Menteri Pendidikan sunyi sepi seolah-olah mulut dizip mempamerkan sikap sambil lewa pihak Menteri dan kementerian memberi gambaran seolah hal ini merupakan perkara yang enteng,” bidasnya.
![]() |
Fuziah tempelak Rina Harun dan Radzi Jidin |
“Saya juga menggesa agar kerajaan memperhebatkan pendidikan gender dan advokasi kesedaran gangguan seksual.
“Wanita KEADILAN bersedia menawarkan khidmat nasihat berkaitan dakwaan dan salah laku gangguan seksual yang berlaku dalam masyarakat,” ujarnya lagi.
0 Comments