Muhyiddin sendiri tak percaya hasil kajian Merdeka Centre - Puad Zarkashi


SEORANG
pemimpin Umno mengkritik Muhyiddin Yassin yang dilihat enggan memanggil sidang Parlimen walaupun didesak banyak pihak.

Merujuk laporan media baru-baru ini yang mendakwa populariti Presiden Bersatu itu semakin naik,  Dr Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin sepatutnya menyambung kembali sidang Parlimen.

Keengganan Ahli Parlimen Pagoh itu memanggil Parlimen tegasnya memberi gambaran Muhyiddin sendiri seolah-olah tidak mempercayai hasil kajian Merdeka Centre, badan kajian yang rapat didakwa dengan Mohamed Azmin Ali itu

“Kalau sudah naik 3% kepada 67% maka wajar PM 8 sambung sidang Parlimen atau bubar Parlimen.

Kajian Merdeka Centre kejutkan banyak pihak
“Kalau tidak berani bubar, bermakna PM tidak percaya pada kajian tersebut,” katanya menerusi Facebook beliau.

Terdahulu, hasil kajian itu mengejutkan banyak pihak.

Berdasarkan tinjauan dan pandangan umum, populariti Muhyiddin merudum jatuh dan warganet turut berkongsikan #KerajaanGagal bagi mengkritik kerajaan Muhyiddin yang dibentuk melalui 'Langkah Sheraton' tahun lalu itu.

Sementara itu tambah Puad dengan pandemik Covid- 19 semakin naik, ekonomi makin teruk, rakyat makin susah dan duit sudah habis adalah wajar kerajaan lebih stabil diberi mandat baru.


Post a Comment

0 Comments