KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia mengambil perhatian terhadap dakwaan seorang pelajar perempuan yang mendakwa guru lelakinya membuat jenaka mengenai rogol dalam kelas.
Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Fadhlina Siddiq berkata dakwaan tersebut adalah hal yang serius serta melibatkan isu moral.
“Mempersenda jenayah rogol dan maruah wanita adalah jenayah gangguan seksual yang nyata serta melibatkan isu moral.
“Dakwaan perbuatan tidak bertanggungjawab warga pendidik tersebut adalah serius dan memerlukan siasatan menyeluruh kerana dibimbangi budaya rogol akan menular dan menjadi normalisasi dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu pelajar tersebut, Ain Husniza Saiful Nizam menerusi video TikTok mendedahkan kata-kata yang tidak menyenangkan itu yang dakwanya berlaku semasa kelas pendidikan jasmani di sekolahnya.
Susulan pendedahan itu, ia telah mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.
Sementara itu, Fadhlina yang dipetik laporan Malaysiakini turut memuji keberanian pelajar perempuan terbabit untuk mempertahankan maruah wanita dan tegas menolak budaya rogol serta lawak lucah.
Sementara itu, Anggota Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, menggesa Menteri Pendidikan Radzi Jidin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun serta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk melakukan tindakan tegas susulan pendedahan itu.
![]() |
Kementerian Pendidikan digesa ambik serius |
"Bukannya bertindak ke atas pereka grafik atau aktivis,” kata Kasthuri merujuk kepada penahanan Fahmi Reza beberapa hari lalu.
0 Comments