Anak bekas Presiden PAS sindir saiz kabinet Muhyiddin


ANAK
bekas Presiden PAS, Faz Fadzil menyindir saiz Kabinet kerajaan dikepalai Muhyiddin Yassi.

Melalui siaran langsung 'The Perspektif' di Facebook baru-baru ini beliau berkata, saiz kabinet yang besar itu menyebabkan rakyat sehingga kini ada yang tidak mengenali menteri dan timbalan menteri di satu-satu kementerian.

Tambah Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional itu lagi, saiz kabinet besar itu terhasil dari ‘scheme of things’ yang diamalkan Perdana Menteri yang menawarkan jawatan dan kedudukan kepada pihak yang menyokongnya.

Malang jelasnya, walaupun mempunyai saiz kabinet yang besar, namun bukan sahaja menteri, bahkan timbalan menteri juga kebanyakannya tidak berfungsi apatah lagi apabila terdapat dua timbalan menteri di dalam satu kementerian.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada dua timbalan. Yang kita dapat lihat cuma Ketua Pengarah Kesihatan sahaja yang bertungkus lumus bersama pegawai KKM untuk menangani masalah Covid-19.

“Lihat pada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Banyak lagi kementerian yang tidak menunjukkan kredibiliti dan gerak kerja mereka kepada rakyat.

Prestasi kerajaan PN semakin dipersoalkan
“Sebab itu rakyat menjadi marah, walaupun pada awalnya kononnya PN ini sebuah kerajaan Melayu Islam,” katanya.

Faiz berkata, jika dahulu rakyat seronok dengan prestasi kerajaan PN, namun kini keadaan berbeza apabila rakyat telah mempertikaikan kredibiliti dan komitmen para menteri dalam menangani masalah ekonomi negara.

Post a Comment

0 Comments