Kebebasan media: Guan Eng bidas Saifuddin


KEDUDUKAN kebebasan media Malaysia tidak akan bertambah baik selagi Perikatan Nasional terus memerintah negara, tegas Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pandangan itu dinyatakan bekas Menteri Kewangan itu melalui satu kenyataan susulan kemerosoton 18 anak tangga Malaysia dalam indeks tahunan kebebasan media RSF yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tambah Guan Eng, kedudukan Malaysia akan menjadi lebih buruk lagi jika pengisytiharan darurat yang menggantung Parlimen dan undang-undang berita palsu baharu diambil kira dalam penilaian oleh RSF itu.

Melalui kenyataan itu juga beliau mengkritik Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah yang berkata kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam menyokong dan menegakkan kebebasan media di negara ini.

“Saifuddin berjanji bahawa media akan terus bebas melaporkan berita mengikut batasan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan bagi menangani maklumat palsu berkaitan dengan COVID-19.

“Saifudin tidak memahami bahawa tidak ada yang menolak tindakan terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu mengenai COVID-19,” katanya,

RSF dalam laporannya menyebut bahawa kebebasan media di Malaysia meningkat secara mendadak setelah pilihan raya 2018, tetapi keadaan berubah sejak Muhyiddin Yassin mengambil alih kerajaan.

"Bagi media, pemulihan pentadbiran authoritarian pada tahun 2020 telah menyaksikan pendakwaan, penggeledahan polis, pengusiran (wartawan dan pemberi maklumat) dan pelanggaran terang-terangan mengenai kerahsiaan sumber wartawan," kata badan kewartawanan itu.

Sementara itu, Guan Eng menyifatkan Saifuddin adalah orang yang sudah banyak berubah dari menyokong kebebasan media ketika dia menjadi Menteri PH kepada mengekang kebebasan media,.

“Dari seorang demokrat kepada seorang autokrat, dari penyokong kepada penentang ICERD yang bekerjasama dengan rasis dan ekstremis agama yang pernah dia depani dengan kuat, seorang yang berprinsip menegakkan Manifesto Pilihan Raya HARAPAN kepada mengkhianatinya, dari menghapuskan JASA kepada menghidupkan semula JASA.

“Saifuddin malah menafikan bahawa dia adalah Menteri yang mendorong Kabinet untuk mengesahkan ICERD.

“Ini sama seperti Saifudin yang enggan mengakui pendedahan Malaysiakini bahawa pegawai Kementeriannya telah diperintahkan untuk mengikuti, “like” dan “share” akaun media sosialnya dan timbalannya Zahidi Zainul Abidin dan Ketua Setiausaha Mohammad Mentek.

M'sia makin teruk selagi PN berkuasa - Guan Eng
“Rakyat hanya dapat mengetahui kebenaran tentang semua berita palsu ini jika Parlimen dibuka semula dan Ahli Parlimen dapat menjalankan tugas mereka menuntut jawapan dan akauntabiliti.

“Tidak hairanlah Saifudin adalah penyokong kuat untuk menggantung Parlimen supaya tidak dapat mendedahkan berita palsu yang disebarkan oleh “JASA” barunya,” kata Guan Eng dipetik.

Post a Comment

0 Comments