Kebimbangan k'jaan jadi punca tangguh laksana Undi-18, kata Guan Eng


KEBIMBANGAN kerajaan berdepan reaksi negatif pengundi muda yang berdepan pelbagai isu  berkaitan hidup mereka mungkin menjadi faktor penangguhan pelaksanaan Undi-18.

Pandangan itu disuarakan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Memetik laporan sebuah portal semalam, Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan, faktor itu antaranya kegagalan kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan dan kadar gaji yang rendah,

“Pada masa itu, mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun tidak akan dapat mengundi dan dengan itu tidak dapat memberi tekanan kepada kerajaan untuk memberi komitmen secara serius dalam mewujudkan lebih banyak pekerjaan.

“Ini mungkin apa yang cuba dielak oleh Kerajaan PN daripada berlaku dan sebab itu membenarkan penangguhan Undi-18,” katanya.

Menurutnya lagi, Menteri Sumber Manusia M Saravanan dan Menteri Ekonomi Mustapa Mohamed enggan mempertahankan upah minimum RM1,200 walaupun jumlah kurang daripada itu adalah tidak sah mengikut undang-undang  dan melanggar hak asasi pekerja.

Beliau turut memetik laporan Jabatan Perangkaan bahawa kadar pengangguran negara bagi golongan berusia 15 hingga 24 tahun meningkat 0.4% kepada 13.9% pada Februari, merangkumi 347,600 orang iaitu peningkatan lebih 52,000 berbanding 295,300 Januari tahun ini.

Guan Eng dakwa isu anak muda jadi faktor tangguh Undi18
Sementara itu Guan Eng menjangkakan pilihan raya umum (PRU15) akan diadakan awal tahun depan.

Ia berdasarkan keputusan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) untuk membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan Undi-18 sehingga selepas 2022.

Post a Comment

0 Comments