Peguam Syahredzan Johan membuat gesaan itu kerana keputusan meningkatkan jumlah kompaun itu dilihat tidak membantu menangani penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin teruk.
Syahredzan turut memetik data bahawa semasa Ordinan Darurat dimasyurkan pada 11 Mac 2021, terdapat 1,647 kes baru dengan 319,363 kes kumulatif dan 9 kematian dengan 1,200 kematian kumulatif direkodkan berbanding semalam 3,332 kes baru dengan jumlah keseluruhan 404,925, manakala 15 kematian dengan jumlah kumulatif 1,492 kematian direkodkan.
"Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak 85,561 kes positif kumulatif dan 292 kematian yang bertambah sejak Ordinan Darurat ini berkuat kuasa," kata.
Tambah beliau lagi, jika kerajaan merasakan bahawa terdapat keperluan untuk memastikan pematuhan SOP, adalah lebih baik sekiranya langkah-langkah diambil untuk meningkatkan kesedaran dan pada masa yang sama, memastikan tiada double standard dalam perlaksanaan undang-undang sedia ada.
Beliau turut merujuk beberapa kompaun bernilai RM50,000 yang dikenakan kepada beberapa peniaga kecil di Kelantan baru-baru ini termasuk peniaga colek Mohd Azizi Mohd Nor yang didakwa melanggar SOP sedangkan beliau mendakwa telah menutup kedainya dan sedang menggoreng keropok untuk anaknya apabila dikompaun kerana melanggar masa.
Ssementara seorang peniaga kedai runcit Mansah Marjurin, dikenakan kompaun RM50,000 ketika sedang mengemas untuk menutup kedai.
“Sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob telah mengatakan bahawa peningkatan kompaun ini untuk ‘menjaga rakyat’ dan bukannya menganiaya rakyat.
![]() |
K'jaan digesa tarik semula kompaun tinggi |
0 Comments