Tak patut manusia dizalimi hanya kerana beza bangsa



PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tidak ada seorang pun perlu dizalimi hanya kerana bangsa mereka.

Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen berkata begitu sebagai mengulas isu kematian A Ganapathy yang didakwa dipukul ketika berada dalam tahanan polis.

"Dalam satu-satu negara, umpamanya satu kaum, persepsinya dibelasah terus menerus di dalam lokap," kata Anwar sambil berkata insiden sedemikian telah berlaku sejak sekian lama.

"Ada yang buat-buat terkejut, seolah-olah ia jarang berlaku. Saya kata podah, saya tahu apa yang berlaku.

"Saya alaminya (dipukul) sewaktu 1998 dan saya beritahu bila saya dibebaskan, saya tidak mahu orang lain dizalimi sedemikian. Sama ada namanya Melayu, Cina, India atau anak Sabah mahupun Sarawak," kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu pada pada program bicara Ramadan dan Iftar Wadah sempena majlis kutipan dana tabung pengembaraan Anjung Rahmat di Bangi semalam.

Ganapathy merupakan peniaga susu lembu dan mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun dan meninggal di Hospital Selayang pada 18 April setelah dimasukkan ke hopital itu.

Sebelumnya pada 24 Februari dia ditahan polis bagi membantu siasatan terhadap seorang ahli keluarganya yang dikehendaki polis.

Ibu mendiang, S Thanaletchumy, 60 tahun membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak, mendakwa anaknya dipukul ketika dalam tahanan sehingga menyebabkan kakinya perlu dipotong.

Mendiang sebelumnya dalam keadaan sihat ketika ditahan walaupun mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan masalah jantung.

Walau bagaimanapun
Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe berkata, tiada bukti A Ganapathy dipukul ketika dalam tahanan polis.

Namun, siasatan mengenai dakwaan itu jelasnya masih diteruskan.

Apa salah Ganapathy?

Isu kematian peniaga susu lembu oti mendapat perhatian ramai pemimpin pembangkang kerana kes kematian tahanan adalah isu serius yang telah banyak kali diutarakan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menggesa Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan untuk mengarahkan inkues dan bertindak serta merta terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian Ganapathy.

Sementara satu kenyataan bersama, pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Akmal Nasir, Thiban Subramanaim, dan Adrian Kumar Vendargon menyokong sepenuhnya seruan NGO Eliminating Deaths in Custody Together (EDICT) supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan terhadap kematian Ganapathy, selaras dengan kuasa-kuasa Peguam Negara di bawah Seksyen 339 Kanun Tatacara Jenayah.

Manakalan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata bahawa Jabatan Peguam Negara harus mengadakan siasatan untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana pegawai polis yang terlibat dalam kematian seseorang suspek.

"Kengapa seksa seorang suspek hingga mati? Mendiang belum didakwa atas apa apa kesalahan. Ini adalah penyalahgunaan kuasa polis," katanya.

Kematian Ganapathy juga telah membangkitkan kembali permintaan pemerintah untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Bangkit keperluan wujud IPCMC
RUU IPCMC diusulkan di bawah pentadbiran HARAPAN tetapi kemudian diganti dengan Rang Undang-Undang IPCC oleh kerajaan Perikatan Nasional pada bulan Ogos tahun lalu.

Tidak seperti yang IPCMC, IPCC tidak mempunyai kuasa tatatertib untuk menangani salah laku polis.

Post a Comment

0 Comments