KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini secara terbuka membidas campur tangan politik Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, dalam hal polis.
Pada sidang media terakhir dengan pengarang-pengarang media di Bukit Aman hari ini, Abdul Hamid yang akan melepaskan jawatannya minggu depan mengakui tidak senang dan mempunyai hubungan tidak baik atau "bad blood" dengan Setiausaha Agung parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.
"Jangan megah sangat, (kata) kita menteri dalam negeri berkuasa sangat. Come on," katanya.
Abdul Hamid mengkritik campur tangan Hamzah dalam dalam mengatur pelantikan pegawai kanan pasukan polis., menteri itu tegasnya sepatutnya sepatutnya hanya terlibat dalam penggubalan dasar.
Pada sidang media itu, beliau turut membangkitkan kelemahan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang menurutnya tiada pejabat dan bermesyuarat hanya empat kali setahun.
"Sepatutnya setiap bulan bermesyuarat. Mesyuarat pun dua jam, macam minum kopi. Tak ambil berat," katanya dengan mencadangkan agar suruhanjaya itu diketuai oleh pihak tidak berkepentingan, seperti bekas ketua hakim negara pada masa depan.
Mengulas lanjut, Hamid membayangkan SPP yang dipengerusikan Hamzah turut dicemari dengan "unsur politik".
Dia turut mempersoalkan mesyuarat SPP yang dijadualkan untuk diadakan hari ini.
Katanya, dari awal lagi dia sudah memaklumkan tidak akan hadir mesyuarat berkenaan kerana sedar ada "niat tidak baik".
“Kenapa mereka adakan mesyuarat SPP pada Jumaat? Kenapa bukan seminggu atau dua minggu lebih awal supaya kita boleh bincang untuk buat penambahbaikan?," katanya lagi.
Dipetik laporan Malaysiakini, Abdul Hamid turut mendedahkan kelemahan pasukan itu dibawah kepimpinan Hamzah sebagai menteri.
Jlasnya masih banyak siasatan salah laku polis oleh SPP yang tergantung.
![]() |
Abdul Hamid Bador tak senang dengan Hamzah |
“Inilah sebabnya kenapa SPP tidak patut dipengerusikan oleh seorang menteri. Lebih baik serah kepada seorang hakim atau bekas hakim. Apabila ia disertai menteri, akan ada unsur politik," katanya dipetik.