TINDAKAN beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang didakwa gagal menunjukkan teladan kepada masyarakat dalam mematuhi SOP terus mencuri perhatian warganet.
Sebuah portal melaporkan tindakan seorang Exco kerajaan negeri Terengganu memuat naik gambarnya sedang "moreh' selepas solat Terawih yang mengundang kritikan.
Ia kerana Kerajaan Negeri yang dianggotainya dilapor telah membuat ketetapan bahawa tidak boleh berbuka puasa dan moreh di masjid dan surau di seluruh Terengganu.
Azman Ibrahim yang merupakan Exco Pertanian sebelumnya berkongsi aktiviti Ramadhan," Sedap sangat moreh bubur lambuk Surau Kg Gerong malam ni,” dipetik tulis bersama gambar dikongsikan itu.
Sebagai rekod, walaupun Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa surau tidak boleh mengadakan "moreh", namun sedikit kelonggaran ada diberikan.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad dilapor berkata jemaah masih dibenar berbuka puasa, moreh dan bersahur dengan 'makanan berbungkus' tanpa membabitkan bilangan ramai.
Namun walaupun ada kelonggaran, hari ini warganet seolah-olah tidak lagi mempercayai golongan pemimpin apabila tindak tanduk mereka sentiasa diperhati.
Rakyat seolah-olah tidak lagi mempercayai kerajaan apabila menganggap wujudnya amalan dua darjat dalam pelaksanaan pematuhan SOP.
Merujuk beberapa kes membabitkan pemimpin sebelum ini, rakyat berpandangan bahawa yang kaya dan menteri-menteri terutamanya, sukar untuk dikompaun atas kesalahan mengingkari peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Ia berbeza untuk rakyat yang sering dikena denda tanpa banyak soal siasat.
Susulan itu rakyat kini menggelar golongan pemimpin dalam kerajaan PN sebagai 'kluster kayangan' bagi mengambarkan perbezaan layanan antara pemimpin dan rakyat di negara ini.
“Belang-belang orang kate jangan langgor SOP…haih penat weh dengan kluster kayangan ning,” kata Mohd Haikal dipetik laporan Malaysia Dateline ketika mengulas tindakan Azman.
Difahamkan, gambar dimuat naik Azman itu telah dipadamkan.
Tindakan itu agak janggal memandangkan sebenarnya 'ada sedikit kelonggaran' diberikan untuk jemaah 'moreh" di surau dan ia boleh ditafsir sebagai bukan kesalahan.
Walau bagaimanapun timbul persoalan mengapa gambar itu dipadamkan. Apa yang mahu disembunyikan?
Susulan itu rakyat kini menggelar golongan pemimpin dalam kerajaan PN sebagai 'kluster kayangan' bagi mengambarkan perbezaan layanan antara pemimpin dan rakyat di negara ini.
“Belang-belang orang kate jangan langgor SOP…haih penat weh dengan kluster kayangan ning,” kata Mohd Haikal dipetik laporan Malaysia Dateline ketika mengulas tindakan Azman.
![]() |
Tindak tanduk wakil rakyat sentiasa diperhati |

0 Comments